Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Tuntutan Lelaki Filipina di Lahad Datu Sabah


- Berikut adalah beberapa tuntutan lelaki bersenjata Filipina di Lahad Datu Sabah. Pada ketika ini, seluruh bahagian lahad datu termasuk kawasan Felda kini dijaga oleh Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan polis Sabah. Tahniah diucapkan kepada ATM dan polis Malaysia yang turun padang untuk mengawal tindakan lelaki bersenjata tersebut. Penduduk di Sabah khususnya tidak perlu bimbang namun perlu ambil langkah berwaspada.

Sekatan Jalan Giat Dilakukan


Tuntutan Lelaki Bersenjata Filipina Di Sabah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina
Beliau berkata, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal.
Rundingan kini sedang dijalankan agar pihak tentera kesultanan sulu itu keluar dari Malaysia secara aman. Perdana Menteri memilih untuk membuat rundingan secara aman walaupun kekuatan tentera kita adalah lebih kuat berbanding 100 orang tentera Filipina.

Tiada ulasan: