Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini 10 MAC 2013 Lahad Datu Sabah


 TERKINI 10 MAC 2013- OPERASI OP DAULAT MASIH DITERUSKAN

Jam 10 Mac 2013  (Ahad) Op Daulat- 10 Mac 2013


Jam 10.01 Pagi: Operasi mencari saki baki penceroboh masih dijalankan seperti biasa. Kali ini, Operasi gempur diperhebatkan dan militan di beberapa zon Merah kini terperangkap. Pasukan keselamatan meningkatkan kekuatan dengan penambahan anggota ke ground zero bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada penceroboh militan Sulu.

Jam 10.04 Pagi: Penduduk di Lahad Datu, Sabah hari ini terus diingatkan agar tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang telah dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih bertungkus lumus menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu

Jam 10.25 Pagi: Pengikut Kiram III tidak akan menyerah diri meskipun bilangan mereka tinggal sedikit. Memetik dari kenyataan anak perempuan Kiram, Jacel Kiram memberitahu hari ini yang bapa saudaranya, Agbimuddin Kiram dan para pengikutnya tidak akan meninggalkan Sabah walaupun serangan bertali arus datang dari pasukan keselamatan Malaysia.

Jam 10.45Pagi: Pertempuran berlaku di Tanjung Batu antara Pengganas dan juga Anggota keselamatan.

Jam 11.10 Pagi: Pada malam semalam, terdapat 2 orang anggota PGA cedera akibat bertempur kira-kira 8 malam semalam.

Gambar- Tentera membuat operasi mencari saki baki pengganas Sulu


Jam 12.00 Tengah hari: Gambar rampasan senjata pengganas yang ditemui dan bot pancung turut dimusnahkan pihak tentera.



Jam 1.20 Petang: Sementara itu di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 33 orang lagi ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu. Kesemua mereka berusia 18 tahun ke atas dan empat daripadanya adalah wanita.

Jam 1.30 Petang: Setakat ini, hanya 2 anggota PGA tercedera ketika operasi di Tanjung Batu dan Tanjung Labian malam semalam dan perkara ini telah disahkan Ketua Polis Negara.

Jam 3.51 Petang: Penduduk di Tanjung Labian bertindak melarikan diri secara beramai-ramai ke kawasan yang lebih selamat setelah mendengar beberapa das tembakan di kampung tersebut hari ini.

Jam 5.25 Petang: Sekumpulan wartawan dan jurugambar menceritakan pengalaman mendebarkan apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, Felda Sahabat pada pukul 10 pagi tadi. Namun semuanya terselamat setelah beredar dari tempat kejadian dengan cepat.

Jam 6.30 Petang: Laporan Sidang Media KPN 10 MAC 2013 5.30 PM



Operasi di kawasan Kampung Tanduo dan juga Kampung Tanjung Batu telah diteruskan sejak petang semalam di mana pada jam 8 malam tadi telah berlaku kejadian berbalas tembak secara “sporadic” sehingga awal pagi. Sewaktu kejadian berbalas tembakan yang bermula pada jam 3 pagi, dua anggota pasukan gerakan am, kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya.

Pada jam 9:45 pagi tadi, sewaktu pasukan keselamatan sedang bergerak menjejaki pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, tiba-tiba muncul satu kumpulan manusia dari kawasan belukar. Kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita dewasa. Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan. Ketika proses “frisking” dilakukan, tiba-tiba kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar yang berhampiran. Secara spontan, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut. Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia.





Tiada ulasan: