Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini (05 Mac 2013) Lahad Datu Sabah


5 MAC 2013 ( SERANGAN TENTERA BERMULA DI TANDUO !!!!!!!! )

Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi..


Sejak pukul 7 pagi pasukan tentera mula menggempur kedudukan musuh di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu. Letupan kuat mula kedengaran di sana sini.
Ia disusuli dengan kehadiran jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Ibu segala peperangan sudah bermula!
Update 9.35 Pagi : Penduduk  Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.


Jam 10.01 pagi:  Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu,  mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom. Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan pendud uk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.

Jam 10.22 Pagi : Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan habis-habisan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo menerusi udara dan darat, kata sumber tentera. Katanya, ia dimulakan dengan serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping.


Jam 10.35: Sumber keselamatan memberitahu, laporan sehingga kini mengesahkan tiada sebarang kecederaan di kalangan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu.

Jam 10.46 Pagi: Serangan udara dihentikan sebentar tadi dan kini disusuli operasi darat pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh besenjata di Kampung Tanduo. Sementara itu, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat, jam 11 pagi ini.

Jam 11.24 Pagi: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut. Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan  di pihak PDRM dan tentera.

Jam 11.43: Anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Embara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini.


Jam 12.00 Tgh Hari- Kawalan turut dibuat di Cenderawasih



Jam 12.21 Petang: Penceroboh Masih Melepaskan Tembakan
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara. Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi ‘mopping up’. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui. Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.

Jam 12.33 Petang: Operasi pembersihan sedang giat dilakukan. Orang luar dan media tidak dibenarkan menghampiri kawasan pertempuran.

Jam 1.48 Petang: Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Azzimudie, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka sedang “beristirahat”.

Jam 2.16 Petang: Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan jalan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata. Sementara itu keadaan Semporna, polis sedang membuat kawalan untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Jam 3.00 Petang:  Dimaklumkan operasi kini berjalan seperti dirancang. Operasi memberkas penceroboh dan pemeriksaan dari rumah ke rumah sedang dilakukan.

Jam  4.42 Petang: Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie.

Jam 5.50 Petang:  Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Jam  9.46 Malam: Sehingga pukul 7 petang tadi, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.




Tiada ulasan: