Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini 13 MAC 2013 Lahad Datu Sabah


Berita terkini Lahad Datu 13 Mac 2013 – 10 anggota keselamatan terkorban



Al-Fatihah buat wira muda negara, Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail

Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang gugur dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, semalam, sepatutnya berkahwin bulan lalu, namun terpaksa ditangguhkan selepas ditugaskan untuk menyertai Op Daulat.


Bapa arwah, Ismail Hussin,yang menunjukkan SMS terakhir anaknya berbunyi "-

`”salam abah,ma doa la org slmat”..era
“Saya dimaklumkan arwah maut selepas terkena tembakan di muka. Ketika itu saya tiba-tiba rasa seperti melayang sebelum rebah ke lantai dapur kerana terkejut dengan berita itu.

“Patutlah malam kelmarin saya tidak boleh tidur nyenyak teringatkan arwah kerana rupa-rupanya kami akan kehilangannya buat selama-lamanya.

Bagaimanapun Ops Daulat pada Rabu 13.3.2013 sudahpun memasuki hari kesembilan,semalam menyaksikan seorang lagi anggota pasukan keselamatan terkorban manakala dua pengganas mati ditembak dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu,Lahad Datu


Jumlah anggota keselamatan yang terkorban setakat ini mencecah 10 orang,iaitu 9 orang dalam pertempuran manakala seorang lagi terlibat dalam kemalangan di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih

Mengenai warga emas berusia 74 tahun pemimpin puak pengganas Sulu,Jamalul Kiram III,Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Filipina telah menarik balik sepina berhubung siasatan konspirasi pencerobohan di Sabah yang dikeluarkan kepada dia dan keluarganya



Akhbar dalam talian negara itu,Inquirer.net melaporkan, penasihat Jamalul Kiram, Pastor ‘Boy’ Saycon memberitahu para wartawan, sepina tersebut ditarik balik selepas berlaku kesilapan komunikasi berhubung sepina itu semasa ia dikeluarkan

Masih mengekalkan pendirian sebelum ini,Fatima Cecilia berkata, dia dan suaminya tidak melanggar undang-undang apabila mengarahkan para pengikut ke Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 9 Februari lalu
Sepina adalah mengarahkan seseorang untuk memberikan keterangan sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman

Saya di fahamkan 2 wira yang terkorban pada 12 MAC 2013

1. Seorang terkorban Ahmad Haurairah ketika bertempur 
2. Seorang terkorban Ahmad Farhan dalam kemalangan jalan raya Lahad Datu

2 PERWIRA TERKORBAN TIBA DI PANGKALAN CHEPA 




Jam 10.26 Pagi: Diumumkan dua perwira terkorban pada pertempuran tanjung batu. Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur manakala seorang lagi Ahmad Farhad terkorban dalam kemalangan jalan raya di Lahad Datu.

Jam 10.30 Pagi: Mayat akan dikebumikan di Kampung halaman masing-masing.

Jam 10.51 Pagi: Senarai 2 Perwira Terkorban Lahad Datu


# Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24- Terkorban bertempur di Kampung Tanjung batu (12 mac 2013)

# Prebet Ahmad Farhan Roslan, 21- Terkorban kemalangan jalan raya Lahad Datu- Cenderawasih (12 mac 2013)


Gambar Prebet Ahmad Farhan Roslan Terkorban Kemalangan Jalan Raya di Lahad Datu pada 12 Mac 2013. Pada masa sama, Prebet Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur dengan pengganas di Tanjung Batu. Jumlah tentera terkorban pada 12 Mac 2013 adalah dua orang termasuk Farhan yang maut kemalangan. Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu. (12 Mac 2013).

Gambar Kecil Prebet Ahmad Farhan Roslan



Terkini Jam 11.00 Pagi: Dua perwira yang terkorban di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal.


Jam 1.39 Petang: Kawasan-kawasan operasi masih di tutup untuk orang ramai. Selain itu, kawasan operasi diteruskan di kawasan Tanjung Batu, Sungai Bilis dan Sungai Nyamuk untuk mengesan pengganas-pengganas yang masih bebas. Operasi mengeluarkan mayat-mayat pengganas masih diteruskan. Polis yakin Azzumudie ketua penceroboh masih dalam kawasan kepungan.

Jam 3.12 Petang: Kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasuki kawasan perkampungan bagi memburu saki baki pengganas Sulu selepas sembilan hari Ops Daulat dilancarkan di Lahad Datu.



2 ulasan:

Unknown berkata...

semoga Allah beri keberkatan amin,,,,

Unknown berkata...

amin,,,,,