Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini 09 MAC 2013 Lahad Datu Sabah


UPDATE TERKINI 9 MAC 2013 Op Daulat (9 MAC 2013)

Jam 9.55 Pagi: Tiada tanda pengganas atau penceroboh Sulu menyerah diri dibeberapa Zon Merah setelah serangan Jet Pejuang semalam.

Jam 10.00 Pagi: Statistik terkini Op Daulat sehingga Op Daulat hari Keempat semalam (8 Mac 2013). Serangan Jet Pejuang turut berlaku pada pukul 2.30 pagi di Sungai Merah dan Sungai Nyamuk pada awal pagi semalam (8 Mac 2013). Jumlah kematian akibat serangan jet pejuang masih belum dapat disahkan.


Jam 11.01 Pagi: Keadaan di Felda Sahabat, Lahad Datu adalah terkawal dan penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Dimaklumkan juga bahawa Semua Sekolah Di Semporna, Tawau Dibuka semula Pada isnin. Perkara ini disahkan oleh kata Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Jame Alip.

Jam 11.35 Pagi: Rutin Harian Di felda. Ramai diantara mereka di felda yang kerja sebagai pengutip biji kelapa sawit yang boleh menghasilkan sumber pendapatan penduduk disini.


Jam 12.00 Tengah Hari: Kawalan Ketat di kawasan perairan Felda Sahabat




Jam 1.52 Petang: Operasi Dulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi dijalankan, seorang penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan peceroboh tersebut.

Jam 3.00 Petang: Anggota Kelab Putera 1Malaysia agih bantuan makanan


Jam 3.01 Petang: Gambar suasana di penduduk Tanjung Labian di Dewan Embara Budi


Jam 3.27 Petang: Operasi menjejaki musuh masih diteruskan di beberapa kawasan Zon Merah Kg Tanduo, Tanjung Labian, Tanjung Batu



Jam 3.56 Petang:  Pasukan keselamatan yakin anggota militan bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 130 kilometer dari sini. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri.

Jam 5.31 Petang: Statistik terkini Op Daulat

* Kematian Penceroboh Setakat ini- 53 orang

* Suspek penceroboh yang kini ditahan – 79 orang

Jam 6.00 Petang: Sidang Media KPN 5.30 PM

Operasi masih dijalankan seperti biasa yang mana pasukan keselamatan dapat memasuki ke lokasi-lokasi baru yang dipercayai musuh sedang bersembunyi di lokasi tersebut. Setakat petang ini tiada apa-apa tembakan dan sebagainya dilepaskan.

Beberapa orang telah ditahan berhampiran kawasan persisiran pantai Kampung Tanjung Batu pagi tadi kerana mereka telah memasuki kawasan zon larangan. Kesemua mereka telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan selanjutnya.







Tiada ulasan: