Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Berita Lahad Datu 29 Mac 2013 Op Daulat

  • Terkini Lahad Datu pada 29 Mac 2013.


Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengamal ilmu hitam mati ditembak semalam selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna.


Lelaki berusia 60-an itu dipercayai merupakan pengawal peribadi kepada orang kanan kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Imam Mas yang ditembak mati dalam pertempuran pada 2 Mac lalu di kampung tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, semasa pasukan keselamatan memeriksa sebuah rumah di perkampungan itu pada pukul 8.20 pagi, secara tiba-tiba lelaki terbabit meluru keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari dalam lalu menyerang dan menetak seorang anggota keselamatan dengan menggunakan parang.

  • Penduduk Tanjung Batu dibawa melihat kampung

Lebih 30 keluarga dari Tanjung Batu buat pertama kali dibawa melihat kampung halaman mereka hari ini selepas insiden pencerobohan oleh kumpulan pengganas Kiram. Kumpulan penduduk dibawa masuk dengan diiringi anggota keselamatan termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib


Tiada ulasan: