Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini (08 MAC 2013) Lhad Datu Sabah


Berita Lahad Datu 8 Mac 2013 – Jamalul Kiram III sudah terdesak?

Dahulu dengan gah’nya bersama pendirian dan kenyataan sanggup mati demi untuk mendapatkan kembali tanahair(Sabah)yang pada hakikatnya bukan milik mereka dan secara tiba-tiba individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III membuat tawaran gencatan senjata dan memberitahu para pengikutnya supaya berhenti bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah


Semalam jurucakap Jamalul Kiram turut menyatakan pihaknya mengisytiharkan ‘gencatan senjata sebelah pihak’ sebagai reaksi terhadap desakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon supaya pertempuran ditamatkan dan penyelesaian secara aman dilakukan.

Tetapi tawaran itu tidak langsung mempengaruhi Malaysia,ekoran apa yang telah pengganas Sulu itu lakukan dan turut mengakibatkan lapan pejuang negara terkorban,

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau turut tidak mempercayai tawaran gencatan senjata tersebut.

Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram.

Demi kepentingn rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan.

Gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat

Sudah cukup sudah Kiram!,setelah Sabah kau mencerobohi,kali ini minda kami pula engkau hendak cerobohi - penulis

Pengganas Sulu sudah lemah?



Saat ini,saki-baki pengganas Sulu semakin terdesak malah diyakini berada dalam keadaan lemah,difahamkan Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah antara 31 yang lain terbunuh semasa pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dalam Ops Daulat yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan.

Tetapi menurut laporan media,Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun enggan mengesahkan status seorang Jeneral yang terbunuh ialah Azzumuddie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.

Sejak semalam,jumlah musuh yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu seramai 52 orang
Keselamatan Sabah diperkuatkan dengan 7 batalion.

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kerajaan telah menjadikan lima buah daerah di Pantai Timur Sabah sebagai ‘kawasan keselamatan khas‘ dalam usaha untuk memperkukuhkan dan menjaga keselamatan rakyat.

Perdana Menteri berkata, persetujuan untuk mewujudkan kawasan itu telah dipersetujui Kabinet sebagai bukti kerajaan begitu mengambil berat mengenai keselamatan dan kedaulatan Sabah yang telah diceroboh pengganas Sultan Sulu sejak 12 Februari lalu.

Katanya, kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kunak.

Situasi semasa di Lahad Datu dan Semporna terkawal


Suasana ketenteraman awam di sekitar pekan Lahad Datu dan Semporna semakin pulih semalam dengan trafik mulai sibuk dan premis perniagaan beroperasi seperti biasa.

Sekatan polis dan rondaan pasukan keselamatan di kedua-dua kawasan ini bagaimanapun masih diteruskan dan orang ramai sudah mula yakin dengan keadaan yang semakin terkawal.

Di Lahad Datu, walaupun premis perniagaan ditutup awal pada 7 petang, namun pengusaha kedai makan terus membuka perniagaan mereka sehingga ke tengah malam.

Tiga buah sekolah di daerah Lahad Datu yang ditutup sejak 1 Mac turut dibuka semua semalam selepas polis mengesahkan keadaan di daerah ini selamat dan terkawal.

Lapan sekolah lain bagaimanapun masih ditutup dan sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Lok Buani, SK Fajar Harapan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.

Bagaimanapun penduduk di Kampung Tanduo, Tanjung Labian, Tanjung Batu, Tanagian dan Sungai Bilis masih belum dibenarkan pulang dan masih ”berkampung” di Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan, Lahad Datu.

Sambil mengharapkan pasukan keselamatan dapat menghapuskan saki-baki kumpulan itu dalam masa terdekat, Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian Assaffal Alian, 48, berkata ada penduduk masih trauma dengan kejadian pencerobohan itu.

Namun kawalan yang ketat 24 jam yang dilaksanakan polis, tentera serta JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) sedikit sebanyak meredakan ketakutan yang dialami mereka — BERNAMA


Terkini 8 MAC 2013- Sultan Sulu Ulangi Tawaran Gencatan Senjata Kali Kedua.

Jam 8.59 Pagi : Dipetik portal ABS-CBNnews Filipina, jurucakap Sultan Sulu mengemukakan tawaran kali kedua lewat semalam selepas ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi petang semalam. Kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa tidak mungkin berlaku gencatan senjata melainkan Kiram dan pengikutnya menyerah diri.


Terkini 9.00 Pagi: 8 Mac 2013 Operasi “Op Daulat masih diteruskan

Operasi diteruskan bagi menamatkan saki baki penceroboh di Kg Tanduo, Tanjung Labian dan Tanjung Batu. Sementara di semporna, polis sedang mencari saki baki penceroboh yang menyamar sebagai penduduk kampung.

Jam 10.00 Pagi: Kawalan diperketatkan di Jalan Raya





Jam 11.03 pagi: Penduduk mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat pada 1.30 pagi dan beberapa bunyi dentuman lagi pada 7.30 Pagi tadi.

Jam 11.05 pagi: KPN pada pagi tadi memberikan suntikan semangat kepada para pejuang.


Jam 12.06 Tengah Hari: 71 Pengganas Ditahan Polis

Pasukan keselamatan menahan 71 orang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, dekat sini, serta kejadian polis diserang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna. Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mereka ditahan sejak 12 Februari lalu hingga semalam. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada mereka benar-benar pengganas Sulu atau pihak yang membantu penceroboh.

Jam 1.02 Petang: Sembahyang Jumaat di Masjid Felda Sahabat






Terkini pada jam  2.38 Petang: Operasi Op Daulat Diteruskan. Pada masa yang sama, khabar kemasukan penceroboh ke Kota Kinabalu dan Tawau adalah palsu dan tidak benar. Perkara itu disahkan oleh KPN pada sidang media tengah hari tadi.

Jam 3.43 Petang: Gambar keadaan penduduk tanjung labian di Sekolah Fajar Harapan, Sahabat 22.



 Jam 4.07 Petang: Gambar Jeneral penceroboh yang mati dibunuh bukan Azimuddie



 Tan Sri Ismail Omar berkata seorang jeneral penceroboh bersenjata Sulu yang dibunuh pasukan keselamatan semalam, bukan Azimuddie Kiram- adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III, yang mengetuai kumpulan tersebut di Sabah.

Jam 7.00 Malam: (Rasmi) Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas). Beliau berkata mereka, termasuk wanita, ditahan di beberapa tempat di Sabah tetapi di luar kawasan Op Daulat.

Jam 10.03 Malam: Koleksi Gambar Pengganas Sulu yang ditembak Mati



Tiada ulasan: