Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini Di Lahad Datu Sabah (01 Mac 2013)


LAHAD DATU KINI DALAM ZON PERANG !!

Bunyi tembakan kini turut kedengaran akibat dari gempur antara tentera Sulu dan Pihak Malaysia. Doakan segalanya dalam keadaan yang selamat. Diharap pihak pertahanan kita kuat untuk melawan serangan pihak musuh. Nantikan laporan yang menyusul seketika nanti.

Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.
Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.

Info Terkini kematian


Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina. Dua polis cedera dan kini dikejarkan di Hospital Lahad Datu.

Terkini 3.30 Petang
10 Anggota Penceroboh Terbunuh: ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu. Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.
“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,”  “Yang terbunuh termasuk seorang wanita.” Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

Terkini 4.36 Petang
Lahad Datu: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan perintah berkurung serta merta di seluruh pekan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Terkini 6.55 Petang

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi. Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.
Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo. Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.
Lahad Datu kini berada dalam keadaan terkawal.

Terkini 9.00 Malam: Saki Baki Penceroboh Masih Dikepung Di Tanduo !!!!
Saki baki penceroboh yang lain masih lagi berlindung di Kampung Tanduo. Pihak polis kini masih lagi mengepung saki baki penceroboh yang lain. Keadaan ini dijangka berlarutan. Menurut maklumat penduduk tempatan, masih ramai lagi yang sedang berlindung disana.
Sekolah sekitar Lahad Datu ditutup bagi mengelakkan ancaman yang akan berlaku



Tiada ulasan: