Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Penceroboh Tidak Mahu Keluar Dari Lahad Datu Sabah





Penceroboh tidak mahu keluar dari Lahad Datu Sabah. Ini adalah info yang baru sahaja pihak melvister.com dapat dari mulut penduduk Lahad Datu sendiri. Sebelum ni, laporan media telah mengatakan rundingan telah selesai dan penceroboh berkenaan bersetuju untuk keluar daripada negeri tersebut. Namun, mereka telah bertukar fikiran dan sanggup mati untuk mempertahankan tanah nenek moyang mereka. Lebih kurang 100 lelaki bersenjata itu mendakwa bahawa sabah adalah milik kesultanan sulu dan tiada sebab untuk mereka tinggalkan Sabah.

Kumpulan penceroboh kini sedang berlindung di kampung Tanduo. Bagi semua penduduk Felda di dalam kawasan Lahad Datu, mereka kini sedang berwaspada untuk menghadapi apa sahaja keadaaan yang munkin berlaku. Pihak polis memberi notis 48 jam untuk memberi peluang kepada semua penceroboh tersebut pulang semula ke negara asal.

"Aku Rasa Macam Nak Pijak2 Je Dowang Ni..degil gile!!~~"

Tiada ulasan: