Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini 6 MAC 2013 Lahad Datu Sabah


Keadaan Terkini Kampung Tanduo

Jam 1.19 Pagi: Berdasarkan sumber risikan, penceroboh yang diserang pada 5 Mac 2013 dilaporkan tiada yang terkorban. Mereka kini masih berada di dalam kampung Tanduo dalam keadaan yang selamat. Punca adalah operasi “mopping up” yang digunakan pihak polis agak lambat untuk menjejaki musuh kerana kawasan yang luas dan faktor geografi. Tempat berkenaan lebih memudahkan pergerakan musuh.
Yang paling dikhuatiri adalah penceroboh ini terlepas dari kawasan kepungan.

Jam 9.45 Pagi: Peta Lokasi Terkini Penceroboh.(dalam bulatan Merah)


Jam 10.30 Pagi: Ops Daulat diteruskan pagi ini 6 MAC 2013 (RABU)
Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan hari ini.
Tinjauan mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal. Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo. Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.
Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang. Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan.

Jam 12.47 Petang: Seorang musuh dipercayai terbunuh pagi ini. Seorang penceroboh bersenjata mati ditembak ketika cuba menyerang hendap pasukan keselamatan pada hari kedua ‘Op Daulat’ di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pagi ini.- Sumber Sidang Media KPN


Jam 1.19 Petang: Polis membuat kawalan di Tanjung Labian untuk mengelakkan penceroboh menyusup masuk.


Pada Jam 3.48 Petang: Operasi kini telah diperluaskan ke Kampung Tanjung Batu. Anggota keselamatan mula menggeledah rumah bagi memburu pengganas.

Jam 4.10 Petang: Kawasan Felda turut dikawal dengan ketat oleh tentera.





Jam 4.37 Petang: Bukti Penemuan Mayat Penceroboh
Sidang media dijalankan pada petang tadi. Menteri pertahanan Dato’ Seri Zahid Hamidi menunjukkan gambar bukti mayat ditemui dalam Operasi “Mopping” petang tadi. Untuk jumlah keseluruhan dianggarkan 13 mayat pengganas Sulu ditemui.

Jam 5.30: Bukti Mayat- setakat ini 13 penceroboh sulu sudah disahkan terkorban dari Op Sulu (1 Mac 2013 lalu) hingga Op Daulat (6 Mac 2013)




Jam  5.54 Petang: Gambar Mayat Penceroboh Sulu Yang Mati Pada 1 Mac 2013 Lalu (Dilaporkan 12 Terbunuh pada 1 Mac lalu Tapi Hanya 9 mayat ditemui, 3 mayat lagi masih belum dijejaki)

Neraka Jahanam Tempat Korang!!!!
Satu penceroboh yang ditembak mati pagi tadi 6 Mac 2013
Jam 9.47 Malam: Penjelasan Sebenar Penemuan Mayat Petang Tadi 6 Mac 2013

Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah 12 korban dalam pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan di Tanduo 1 Mac lalu. Hanya 9 mayat ditemui  dalam satu lahad dan 3 kali mungkin telah dikebumikan ke kawasan lain 

Tiada ulasan: