Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini 11 MAC 2013 Lahad Datu Sabah


TERKINI 11 MAC 2013- OP DAULAT

Update 11 Mac 2013 (Isnin)

Jam 10.11 am: Pada hari ini, semua sekolah di Semporna Di Sabah telah dibuka dan pelajar menjalani rutin proses pembelajaran seperti biasa. Sementera itu di Lahad Datu, dibahagian bandar terutamaya semua sekolah sudah dibuka. Di bahagian Felda Sahabat, SMK Tungku, Sekolah Rendah Cenderawasih dan SMK Desa Kencana  telah dibuka semula.

Jam 10.26 am: Rondaan dan kawalan pihak keselamatan masih berjalan seperti biasa. Keadaan di Felda Sahabat kini terkawal dan penduduk menjalani rutin harian biasa.

Jam 11.00 am: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas. Malah, apabila tentera mengadakan serangan udara pun, pihak tentera tidak temui terowong bawah tanah itu, yang ada cuma kereta yang hancur- katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI).

Jam 11.01 am: Foto Gempur Op Daulat- Lokasi Persembunyian Pengganas Sulu di Ladang Kelapa Sawit



Jam 11.11 am: Gambar tangkal tentera Sulu yang ditemui dipercayai dipakai oleh salah seorang pengganas.


Jam 2.11 Petang: KAMPUNG TANDUO KINI BERSIH, 97 PENCEROBOH DITAHAN

Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh sejak sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu. Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. 22 mayat pengganas telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat. KPN turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Jam 2.55 Petang: Operasi kini diteruskan dikawasan Tanjung Batu dan Sungai Bilis. Berita mengenai Kampung Tanduo kini sudah bersih dari penceroboh mengembirakan hati penduduk Tanduo dan juga warga Felda Sahabat.

Jam 3.00 Petang: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan berkuatkuasa 1 Jan 2013, kerajaan bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.

Jam 4.30 Petang: Foto mayat pengganas yang kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu. Apapun, operasi mencari saki baki hanya diteruskan di Tanjung Batu dan Sungai Bilis. Sebelum ni, sudah diumumkan bahawa status Kg Tanduo sudah bersih.


Jam 5.53 Petang: Laporan Sidang Media

Keadaan di bandar Lahad Datu kembali normal yang mana premis-premis perniagaan berjalan seperti biasa. Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis. Usaha-usaha untuk mengeluarkan saki baki mayat-mayat penceroboh sedang giat dilaksanakan dari kawasan operasi.




Tiada ulasan: