Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Isu Lahad Datu (25 Mac 2013) Seorang pengganas Sulu ditahan


ISNIN 25 Mac 2013

# Setelah Sekian Lama Saya Menyepi dgn isu Lahad Datu , Hari ni saya ade baca artikel Dari Bernama Tentang berita terkini Lahad Datu Sabah..dgn sy ingin kongsikan khas buat sume kengkawan sy yg tidak putus ingin tahu Laporan tntang Lahad Datu Sabah,...



LAHAD DATU - Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari ini.  
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu.

Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.
Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya.

Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.

Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yang dilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakan terhadap pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan.

Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokap tahanan sementara untuk disoal siasat.  

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato' Seri Zulkifli Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya (VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersama ATM akan diadakan esok.

Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42. 

Isu Lahad Datu: Malaysia perlu bina tembok sempadan negara

Malaysia perlu melihat kembali keadaan sempadan negara bagi mengukuhkan kedaulatan negara dengan membina tembok ataupun mengadakan pagar, demikian menurut bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Abdul Rahman Hamid.

Beliau berkata, jika Malaysia boleh mengadakan tembok pemisah di selatan Thailand, langkah yang sama wajar diambil di Sabah yang bersempadan dengan Filipina susulan insiden pencerobohan baru-baru ini.

"Perkara berkaitan sempadan negara perlu diambil perhatian serius memandangkan Malaysia bersempadan dengan tujuh negara lain.

"Banyak isu lain perlu juga diberikan perhatian bagi mengelak insiden di Lahad Datu berulang," kata beliau berucap pada sesi khas Forum Negara bertajuk Keselamatan Negara: Benteng Keamanan dan Kedaulatan Untuk Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di bangunan Parlimen, pagi ini.

Beliau juga menyarakan penduduk yang berada di kawasan sempadan negara menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan.

Tambah beliau, berhubung insiden itu, penduduk di tempat itu mengetahui tentang kewujudan orang asing lebih awal tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Kita tidak tahu mengapa mereka tidak lapor, mungkin ada daripada mereka ada pertalian keluarga dengan pengganas berkenaan.

"Sebenarnya semua pihak perlu mengambil bahagian kerana dengan kerjasama ini dapat memberikan keupayaan pasukan keselamatan membanteras jenayah," jelas beliau lagi.


Tiada ulasan: