Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Berita Lahad Datu 31 Mac 2013 Op Daulat

  • Berita terkini Lahad Datu pada 31 Mac 2013. 


Penduduk kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian dibenarkan masuk semula ke kampung tersebut. Awal pagi semalam, pasukan Keselamatan telah membawa keluar satu mayat pengganas bertempat di Tanjung Batu di mana mayat pengganas tersebut adalah mayat yang telah ditembak dalam kejadian pada 6 Mac 2013. Mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Operasi Daulat hanya akan ditamatkan selepas pasukan keselamatan yakin kawasan yang bergolak benar-benar selamat, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. 

Beliau berkata pasukan keselamatan tidak menetapkan tarikh atau tempoh tertentu Operasi Daulat kerana usaha membanteras pengganas yang dijalankan pasukan keselamatan itu merentasi kawasan lebih luas dari Lahad Datu.

  • Gambar Terkini Kampung Tanjung Labian
Foto: Rumah di Kampung Tanjung Labian yang musah teruk

Foto: Rumah di Kampung Tanjung Labian yang musah teruk


Berita Lahad Datu 30 Mac 2013 Op Daulat


  • Terkini Lahad Datu Pada 30 Mac 2013. 


Kesan tembakan boleh dilihat dengan mata kasar di setiap rumah akibat kesan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan pengganas Sulu.

Ada kesan tembakan daripada  senjata ringan seperti M-16 dan ada juga kesan  tembakan senjata berat  seperti mesingan berat (GPMG) sehingga terdapat kesan lubang besar pada rumah penduduk dan kenderaan. Semalam, buat pertama kalinya petugas media dibenar masuk ke kawasan pertempuran bersama pasukan keselamatan, Pejabat Daerah Lahad Datu, Jabatan Kerja Raya serta 30 ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu kira-kira jam 9.30 pagi, selepas disytiharkan selamat.

  • Statistik Terkini Ops Daulat


Pihak polis yakin bahawa bilangan saki baki pengganas kini kurang dari 10 orang.




Berita Lahad Datu 29 Mac 2013 Op Daulat

  • Terkini Lahad Datu pada 29 Mac 2013.


Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengamal ilmu hitam mati ditembak semalam selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna.


Lelaki berusia 60-an itu dipercayai merupakan pengawal peribadi kepada orang kanan kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Imam Mas yang ditembak mati dalam pertempuran pada 2 Mac lalu di kampung tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, semasa pasukan keselamatan memeriksa sebuah rumah di perkampungan itu pada pukul 8.20 pagi, secara tiba-tiba lelaki terbabit meluru keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari dalam lalu menyerang dan menetak seorang anggota keselamatan dengan menggunakan parang.

  • Penduduk Tanjung Batu dibawa melihat kampung

Lebih 30 keluarga dari Tanjung Batu buat pertama kali dibawa melihat kampung halaman mereka hari ini selepas insiden pencerobohan oleh kumpulan pengganas Kiram. Kumpulan penduduk dibawa masuk dengan diiringi anggota keselamatan termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib


Berita Lahad Datu 26 & 27 Mac 2013 Op Daulat


Hollah kosmostas!!!! heheehehe hye korang..cena nak update info lahad datu 26 n 27 mac 2013.. cena kombign sekali la senang kan? ni pon atas pemintaan kengkawan yg ingin tahu tntang isu lahad datu ni...
k la.. kite teruskan ea....

  • Terkini Lahad Datu 26 Mac 2013 Op Daulat
Pada 26 Mac 2013. Seorang pengganas telah menyerah diri apabila berada dalam keadaan tertekan dikepung tanpa sebarang bekalan makanan. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang pengganas ditahan selepas menyerah diri di Tanjung Batu, di sini, petang semalam


  • Penduduk Kampung Tanduo Dibawa Masuk Semula

Lebih 20 individu termasuk ketua kampung, ketua keluarga dan pasukan keselamatan dibawa pasukan ke Kampung Tanduo, di sini, pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan membawa mereka ke kampung terbabit bertujuan untuk melihat kerosakan di sekitar lokasi itu.


  • Terkini Lahad Datu 27 Mac 2013 Op Daulat
Terkini Lahad Datu pada 27 Mac 2013 rabu. Beberapa dalang yang telah menyalurkan sumber kewangan kepada pengganas sulu sudah dikenal pasti. Polis mengesan lebih 10 individu sekitar Semporna dan Sandakan terbabit dengan kegiatan pengiriman wang ke Jolo, selatan Filipina dipercayai bertujuan membiayai kumpulan pengganas. Mereka berperanan sebagai orang tengah yang membawa sejumlah wang tunai kepada kumpulan pengganas itu melalui jalan laut.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan. 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.


Pada jam lebih kurang 7.30 pagi tadi, bertempat di Sungai Nyamuk, telah berlaku tembak menembak diantara pihak pasukan keselamatan dengan pihak musuh. Dalam kejadian ini, pasukan keselamatan telah menemui sepucuk pistol jenis revolver 38 dan 6 butir peluru. Walaubagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Sementera itu operasi mencari saki baki pengganas Sulu masih lagi beroperasi di Tanjung Batu, Felda Sahabat.

Keadaan di bandar Lahad Datu terkawal dan aktiviti harian penduduk pulih seperti biasa.





Kontroversi Panas


  • Hye korang sume… malam ni cena nak kongsi sket story yg terjadi mase cena tgh layan makan burger yg kak lis (kak yong) belikan lalu skali gus belanja…hahahaha (korang hado??) hehe …

  • Sebenarnya cerita tu mcm ni,,mse cena tgh mkn burger td sambil dgr radio “THR gegar” kt ASTRO cena terdengar lagu Elly Mazlin kalau xsilap tjuk lgu die “Janji Kekasih “ Memg syahdu gile ar lgu tu…sedih plak bile teringat kisah Silam.. L

  • Ahhh lupekan kisah silam.. bila cena panggil kak lis soh dgr  lgu ni die ade ckp dulu penah ada Kontroversi antara Elly Mazlin dgn Dato Siti Nurhaliza. So cena agak tergamam sket lol…sebb ingt2 lupe..maklumlah d tua katekan….hahahha selidik punya selidik  mmg Xdapat dikesan…. So kalau korang tau story KONTROVERSI artis ni ley la share sket kan…saje2 nak tw..n nak pastikan betol ke kak yong Lis ni ckp..hehehehe (jgn mrh ea kak lis…:)

 
Sempat g cena edit pic artis nih..hehehehe
  •  Sebelom tamat story untuk malam ni, cena nak bg taw korang sume sebenarnya THR gegar ni mmg layan beb… korang dgr la Segmen Gegar bersiaran setiap hari Ahad hingga Khamis dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam bersama dengan Nazrin Nordin atau lebih dikenali dengan nama DJ Nazz.




  • Korang Jugak boleh hantarkan lagu pilihan menerusi SMS atau pun menerusi laman Facebook THR GEGAR. Disamping korang boleh dgr radio secara online https://www.facebook.com/THRGEGAR
  • Yang paling best n terbaekk Aplikasikan kisah cinta korang or konflik yg melanda hubungan percintaan yg dijalani di segmen Cinta Gegar, yang bermula dari jam 10 malam hingga 12 tengah malam hari yg sama. Korang gak akan ditemani dgn lagu2 cinta yg pastinya membuai perasaan malam hari Korang.. (kalau xdengar mmg xtaw kan?? So ape lg…g la bukak Astro or radio korang  frekuensi die korang ley klik kat cni http://gegar.thr.fm/@Gegar/Frekuensi.aspx
  • Buat mase ni mmg http://gegar.thr.fm/ yg teman cena setiap mlm smpi cena tido…sebb lgu die mmg layan… sebb cena bru lg dgr radio ni..selalu mmg xpndang pon..tp bile terdengar smpi pg mmg xjemu..mmg best..mcm2 lg segmen korang ley dengar..mcm Carta Hits Gegar..n mcm2 lg la.. So selamat mendengar gegar,,hehehee  (cena tgk xramai yg sebut THR gegar. So bunyi pon mcm xfamous…so sebebnarnya radio ni mmg best…Trust me..hehehee..)

  •  Sampai saat time cena type blog ni pon still dgr THR gegar....sape2 pemint lgu 80an tu ley la dgr..td mase tgh dgr Carta Hits gegar artis jemputan dorng Kumpulan ST12 tau ..Yg tgh  famous lgu "putih2 melati".. layan.....


  • K la korang..jgn lupe sebelom tido cuci kaki…n baca doa tido sebelom Korong menutup mata…dan doa bila korang bukak mate esok…gud nite guys…tata…


Lakaran Cinta



  1. "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
  1. Tak ada yang sempurna, berhentilah mencarinya. Jika seseorang mengerti dan mencintai kamu seadanya, kamu dan dia Sepatutnya Bersama… Renungkanlah


Sambutan Hari Polis ke-206 Penuh Sayu


25 Mac 2013 ( ISNIN)

* Berat Mata memandang berat lg bahu yg memikul... sedih bile tgk situasi Sambutan Hari Polis penuh sayu apabila mengenang nasib wira2 yg terkorban, apetah lagi melihat kesedihan yg diratapi oleh balu,anak2,ibu bapa dan sedara mara Allahyarham wira2 kita.Saya Rasa Bangga Kalau bukan kerana wira2 kita, dah lame kita semua dalam keadaan huru hara... Semoga Roh2 Allahyarham Wira2 ditempatkan bersama Para Syuhada dan golongan orang yg beriman Aminn....

Muhammad Sazreen, anak kepada Sarjan Salam Togiran, yang terkorban ketika Op Daulat tidak dapat menahan sebak ketika menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 hari ini.

Balu Allahyarham ACP Ibrahim Lebar yang sebak ditenangkan oleh anggota polis pada majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 hari ini. 
Anggota Pasukan Polis Simpanan Persekutuan melafaz ikrar pada majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur hari ini
Najib Tun Razak (tengah) bergambar kenangan bersama anggota Komando VAT69 yang terlibat dalam Op Daulat pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur, hari ini.
Hari Polis ke-206 hari ini disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik.
  
Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.
  
Kesedihan jelas terpancar di wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal DSP Michael Padel yang memakai baju kemeja dan berseluar hitam tanda masih berkabung atas kematian bapanya.
  
Kelapan-lapan pegawai dan anggota yang gugur itu mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.
  
Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.
 
Sambutan Hari Polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bermula 8.30 pagi dengan perbarisan lintas hormat.
  
Perbarisan itu turut disertai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat. Mereka diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu.
  
Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
  
Sambutan Hari Polis, yang bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' itu antara lain mengetengahkan revolusi kepolisan negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.
  
Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan; pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis; dan menuju era kepolisan bertaraf antarabangsa.
  
Pada sambutan kali ini buat pertama kalinya, pasukan polis mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis.


Isu Lahad Datu (25 Mac 2013) Seorang pengganas Sulu ditahan


ISNIN 25 Mac 2013

# Setelah Sekian Lama Saya Menyepi dgn isu Lahad Datu , Hari ni saya ade baca artikel Dari Bernama Tentang berita terkini Lahad Datu Sabah..dgn sy ingin kongsikan khas buat sume kengkawan sy yg tidak putus ingin tahu Laporan tntang Lahad Datu Sabah,...



LAHAD DATU - Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari ini.  
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu.

Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.
Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya.

Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.

Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yang dilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakan terhadap pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan.

Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokap tahanan sementara untuk disoal siasat.  

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato' Seri Zulkifli Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya (VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersama ATM akan diadakan esok.

Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42. 

Isu Lahad Datu: Malaysia perlu bina tembok sempadan negara

Malaysia perlu melihat kembali keadaan sempadan negara bagi mengukuhkan kedaulatan negara dengan membina tembok ataupun mengadakan pagar, demikian menurut bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Abdul Rahman Hamid.

Beliau berkata, jika Malaysia boleh mengadakan tembok pemisah di selatan Thailand, langkah yang sama wajar diambil di Sabah yang bersempadan dengan Filipina susulan insiden pencerobohan baru-baru ini.

"Perkara berkaitan sempadan negara perlu diambil perhatian serius memandangkan Malaysia bersempadan dengan tujuh negara lain.

"Banyak isu lain perlu juga diberikan perhatian bagi mengelak insiden di Lahad Datu berulang," kata beliau berucap pada sesi khas Forum Negara bertajuk Keselamatan Negara: Benteng Keamanan dan Kedaulatan Untuk Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di bangunan Parlimen, pagi ini.

Beliau juga menyarakan penduduk yang berada di kawasan sempadan negara menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan.

Tambah beliau, berhubung insiden itu, penduduk di tempat itu mengetahui tentang kewujudan orang asing lebih awal tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Kita tidak tahu mengapa mereka tidak lapor, mungkin ada daripada mereka ada pertalian keluarga dengan pengganas berkenaan.

"Sebenarnya semua pihak perlu mengambil bahagian kerana dengan kerjasama ini dapat memberikan keupayaan pasukan keselamatan membanteras jenayah," jelas beliau lagi.


F1 Malaysian Grand Prix (22 March 2013) Circuit of Sepang



Assalammualaikum…wbt..

Hye,,,,Cena cume nak share dgn korang yg semalam cena g Litar Sepang tgk F1 prepairation, cena follow coz housemate cena dpt job kt sane die kene guide dak2 security utk kawasan sekitar sepang, nak xnak ikot la gak kan sbb org da ajak..lg pon cena xpenah merasa g sane g sblm ni..cume lalu je..masok bru semalam..hahaaha sehari suntuk cena kat sane dgn panas terik ujan kejap…oleh kerana nak tgk depan2 terpksalah pakai bju security supaya dpt tgk live depan2,,, mmg gempk gile la…dgr bunyi enjin dowang mmg best gile..mula2 mmg sonok dgr bunyi tu real, tp lame2 jadi bingit plak sebb bunyi tu kuat gile kan…dpt la jumpe racer klas A1 ,,, tmpt y cena jaga tu mmg tmpt laluan n dekat dgn tmpt letak kete klas A1,,kalau untuk F1 mmg susah sket la nak masok sbb mmg ketat gile tmpt ni.kene ade pas bru ley masok..pas ade stu jew,,,nak masok sorang mmg x la kan..sebb cena ni kan penakot..hauahua tp dapt la jugak amik gmbr kt kete dowang,(gmbr yg cena lampirkan)dpt tgk muke race yg muda2, dpt tgk live, n mcm2 lagi la walaupon cuaca panas terik..

Keesokan hari cena xdpt ikot sebb mmg xlarat gile,,, Ahad plak xnak ikot sebb tkot penat lg,,hehe xdpt tgk konsert Guns N' Roses n tgk F1 race pon xpe la..yg penting da merasa g sane, sebb cena bukan mint sgt pon cume nak merasa jew,heheehehe tp mmg gempak n teruja la,,,dapat jumpe mcm2 orang.. k la guys stakat ni je cena dpt share, if ade cite menarik g cena infom lg..ehehehehe...

Kalau korang penmint Guns N' Roses n F1 sila la beli tiket n tgk konsert life dorang pada hari esok 24 March 2013 (AHAD) di samping blh tgk kereta pujaan korang spt Ferrari,Lotus,n mcm2 lg yg akn dipandu oleh racer2 terkenal international beraksi esok di sepang (Malaysia) ..mmg gempak n best….

Sekian…wassalam..

Info Terkini 14 MAC 2013 Lahad Datu Sabah


TERKINI 14 MAC 2013- OPERASI MASIH DIJALANKAN

UPDATE 14 MAC 2013

Jam 9.12 Pagi: Operasi mencari saki baki pengganas masih diteruskan di kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu.

Doa Buat Perjuang dan Perwira Yang Terkorban Di Lahad Datu

Cebisan Doa Dari Kami Buat Perjuang dan Perwira-Perwira Nergara Yang Terkorban Demi Mempertahankan Tanah Air Malaysia.....




YA ALLAH YA TUHANKU..

SELAMATKANLAH PERWIRA - PERWIRA NEGARAKU,
YANG KINI SEDANG BERJUANG MELAWAN MUSUH NEGARA.

YA ALLAH YA TUHANKU..
BERIKANLAH KEKUATAN DAN KEAZAMAN KEPADA PERWIRA KAMI,
UNTUK TERUS BERJUANG DAN TEKAD DALAM USAHA MEREKA,
BERIKANLAH KEJAYAAN KEPADA MEREKA ,
BERIKANLAH KETENANGAN AGAR MEREKA MAMPU
MENUNDUKAN MUSUH NEGARA,
DAN PULANG SEBAGAI WIRA TERBILANG..

YA ALLAH YA TUHANKU,
AMPUNKANLAH DOSA-DOSA PERWIRA KAMI
YANG TERKORBAN DI MEDAN PERANG,
HADIAHKANLAH SYAHID KEPADA PERWIRA TERBILANG KAMI,
TEMPATKANLAH MEREKA DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN ,
TEMPATKANLAH MEREKA DI SYURGAWI INDAHMU,
TENANGKANLAH HATI KELUARGA TERSAYANG MEREKA,
AGAR LEBIH TABAH DAN REDHA ATAS PEMERGIAN PERWIRA HATI MEREKA..

YA ALLAH YA TUHANKU,
BERIKANLAH KEAMAAN DAN KETENTERAMAN KEPADA NEGARA KAMI,
SATUKANLAH HATI DAN SEMANGAT JUANG ANTARA KAMI,
BERIKANLAH KAMI KEKUATAN UNTUK TERUS BERSAMA-SAMA MENJAGA
KEDAULATAN DAN KEAMANAN NEGARA,
JAUHILAH PERASAAN PERPECAHAN DAN DEKATILAH SEMANGAT PERPADUAN DAN PERDAMAIAN ANTARA KAMI SEMUA,
DEMI MENJAGA NEGARA MALAYSIA YANG KAMI CINTAI.
AMIN YA RABBALÁLAMIN…

Info Terkini 13 MAC 2013 Lahad Datu Sabah


Berita terkini Lahad Datu 13 Mac 2013 – 10 anggota keselamatan terkorban



Al-Fatihah buat wira muda negara, Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail

Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang gugur dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, semalam, sepatutnya berkahwin bulan lalu, namun terpaksa ditangguhkan selepas ditugaskan untuk menyertai Op Daulat.


Bapa arwah, Ismail Hussin,yang menunjukkan SMS terakhir anaknya berbunyi "-

`”salam abah,ma doa la org slmat”..era
“Saya dimaklumkan arwah maut selepas terkena tembakan di muka. Ketika itu saya tiba-tiba rasa seperti melayang sebelum rebah ke lantai dapur kerana terkejut dengan berita itu.

“Patutlah malam kelmarin saya tidak boleh tidur nyenyak teringatkan arwah kerana rupa-rupanya kami akan kehilangannya buat selama-lamanya.

Bagaimanapun Ops Daulat pada Rabu 13.3.2013 sudahpun memasuki hari kesembilan,semalam menyaksikan seorang lagi anggota pasukan keselamatan terkorban manakala dua pengganas mati ditembak dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu,Lahad Datu


Jumlah anggota keselamatan yang terkorban setakat ini mencecah 10 orang,iaitu 9 orang dalam pertempuran manakala seorang lagi terlibat dalam kemalangan di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih

Mengenai warga emas berusia 74 tahun pemimpin puak pengganas Sulu,Jamalul Kiram III,Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Filipina telah menarik balik sepina berhubung siasatan konspirasi pencerobohan di Sabah yang dikeluarkan kepada dia dan keluarganya



Akhbar dalam talian negara itu,Inquirer.net melaporkan, penasihat Jamalul Kiram, Pastor ‘Boy’ Saycon memberitahu para wartawan, sepina tersebut ditarik balik selepas berlaku kesilapan komunikasi berhubung sepina itu semasa ia dikeluarkan

Masih mengekalkan pendirian sebelum ini,Fatima Cecilia berkata, dia dan suaminya tidak melanggar undang-undang apabila mengarahkan para pengikut ke Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 9 Februari lalu
Sepina adalah mengarahkan seseorang untuk memberikan keterangan sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman

Saya di fahamkan 2 wira yang terkorban pada 12 MAC 2013

1. Seorang terkorban Ahmad Haurairah ketika bertempur 
2. Seorang terkorban Ahmad Farhan dalam kemalangan jalan raya Lahad Datu

2 PERWIRA TERKORBAN TIBA DI PANGKALAN CHEPA 




Jam 10.26 Pagi: Diumumkan dua perwira terkorban pada pertempuran tanjung batu. Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur manakala seorang lagi Ahmad Farhad terkorban dalam kemalangan jalan raya di Lahad Datu.

Jam 10.30 Pagi: Mayat akan dikebumikan di Kampung halaman masing-masing.

Jam 10.51 Pagi: Senarai 2 Perwira Terkorban Lahad Datu


# Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24- Terkorban bertempur di Kampung Tanjung batu (12 mac 2013)

# Prebet Ahmad Farhan Roslan, 21- Terkorban kemalangan jalan raya Lahad Datu- Cenderawasih (12 mac 2013)


Gambar Prebet Ahmad Farhan Roslan Terkorban Kemalangan Jalan Raya di Lahad Datu pada 12 Mac 2013. Pada masa sama, Prebet Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur dengan pengganas di Tanjung Batu. Jumlah tentera terkorban pada 12 Mac 2013 adalah dua orang termasuk Farhan yang maut kemalangan. Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu. (12 Mac 2013).

Gambar Kecil Prebet Ahmad Farhan Roslan



Terkini Jam 11.00 Pagi: Dua perwira yang terkorban di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal.


Jam 1.39 Petang: Kawasan-kawasan operasi masih di tutup untuk orang ramai. Selain itu, kawasan operasi diteruskan di kawasan Tanjung Batu, Sungai Bilis dan Sungai Nyamuk untuk mengesan pengganas-pengganas yang masih bebas. Operasi mengeluarkan mayat-mayat pengganas masih diteruskan. Polis yakin Azzumudie ketua penceroboh masih dalam kawasan kepungan.

Jam 3.12 Petang: Kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasuki kawasan perkampungan bagi memburu saki baki pengganas Sulu selepas sembilan hari Ops Daulat dilancarkan di Lahad Datu.



Info Terkini 12 MAC 2013 Lahad Datu Sabah

TERKINI 12 MAC 2013- OP DAULAT Di Tanjung Batu dan Sungai Bilis

Update 12 Mac 2013 ( Selasa)

Jam 8.50 am: Keadaan di Bandar Lahad Datu dan semporna kini agak tenang dan aktiviti harian berjalan seperti biasa. Penduduk kini lebih yakin dengan keselamatan dengan kawalan ketat pihak berkuasa. Semua sekolah dibuka seperti biasa.

Jam 9.19 am: Seorang penduduk Tanduo turut menceritakan bahawa pihak penceroboh kini sedang mencari individu pertama yang membuat laporan kepada polis mengenai kehadiran pihak penceroboh di Kampung Tanduo.

Jam 9.25 am: Op Daulat tetap diteruskan di beberapa kawasan terutamanya Sungai Bilis dan Tanjung Batu. Pihak polis percaya bahawa pihak mereka akan tamatkan isu pencerobohan ini secepat yang mungkin.

Jam 11.29 am: Polis sahkan mayat berpangkat Jeneral Sulu


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebentar tadi mengesahkan mayat Jeneral Sulu yang dibedah siasat di Hospital Lahad Datu, semalam adalah Haji Musa.

Jam 11.35 am: Datuk Hamzah turut memberi kenyataan tiada pertempuran terbaru antara pasukan keselamatan dan pengganas di Kampung Tanjung Batu berdekatan Kampung Tanduo dalam tempoh 24 jam yang lalu.- Sidang Media


Gempar!!!!

Jam 5.35 Petang: Seorang Anggota Keselamatan Malaysia Terkorban !!

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi. Turut disahkan seorang anggota keselamatan turut tercedera.


Foto- Bukan gambar anggota tentera yang terbunuh pagi tadi. Tapi gambar Koperal Khairul Anuar yang cedera ditembak dan keadaannya dilaporkan stabil dalam pertempuran yang sama di Kampung Tanjung Batu pagi tadi.

Jam 5.43 Petang: Identiti seorang anggota tentera yang terkorban pagi tadi di Kampung Tanjung Batu masih belum diumumkan kepada orang awam. Identiti tentera yang terkorban tersebut akan diumumkan kelak setelah mendapat pengesahan dari pihak berkuasa. Apapun, takziah kepada keluarga mangsa.

Jam 7.04 Malam: Ahmad Hurairah Ismail Sah Tentera Terkorban Tanjung Batu 12 Mac 2013. Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera yang terkorban di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi tadi akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan -Jenazah akan diterbangkan dari Lapangan terbang Tawau 4 pagi Esok dan Dijangka di Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Jam 8 Pagi- Ahmad Zahid Hamidi.

Gambar Allahyarham Ahmad Hurairah


Al-Fatihah.....





Info Terkini 11 MAC 2013 Lahad Datu Sabah


TERKINI 11 MAC 2013- OP DAULAT

Update 11 Mac 2013 (Isnin)

Jam 10.11 am: Pada hari ini, semua sekolah di Semporna Di Sabah telah dibuka dan pelajar menjalani rutin proses pembelajaran seperti biasa. Sementera itu di Lahad Datu, dibahagian bandar terutamaya semua sekolah sudah dibuka. Di bahagian Felda Sahabat, SMK Tungku, Sekolah Rendah Cenderawasih dan SMK Desa Kencana  telah dibuka semula.

Jam 10.26 am: Rondaan dan kawalan pihak keselamatan masih berjalan seperti biasa. Keadaan di Felda Sahabat kini terkawal dan penduduk menjalani rutin harian biasa.

Jam 11.00 am: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas. Malah, apabila tentera mengadakan serangan udara pun, pihak tentera tidak temui terowong bawah tanah itu, yang ada cuma kereta yang hancur- katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI).

Jam 11.01 am: Foto Gempur Op Daulat- Lokasi Persembunyian Pengganas Sulu di Ladang Kelapa Sawit



Jam 11.11 am: Gambar tangkal tentera Sulu yang ditemui dipercayai dipakai oleh salah seorang pengganas.


Jam 2.11 Petang: KAMPUNG TANDUO KINI BERSIH, 97 PENCEROBOH DITAHAN

Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh sejak sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu. Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. 22 mayat pengganas telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat. KPN turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Jam 2.55 Petang: Operasi kini diteruskan dikawasan Tanjung Batu dan Sungai Bilis. Berita mengenai Kampung Tanduo kini sudah bersih dari penceroboh mengembirakan hati penduduk Tanduo dan juga warga Felda Sahabat.

Jam 3.00 Petang: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan berkuatkuasa 1 Jan 2013, kerajaan bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.

Jam 4.30 Petang: Foto mayat pengganas yang kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu. Apapun, operasi mencari saki baki hanya diteruskan di Tanjung Batu dan Sungai Bilis. Sebelum ni, sudah diumumkan bahawa status Kg Tanduo sudah bersih.


Jam 5.53 Petang: Laporan Sidang Media

Keadaan di bandar Lahad Datu kembali normal yang mana premis-premis perniagaan berjalan seperti biasa. Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis. Usaha-usaha untuk mengeluarkan saki baki mayat-mayat penceroboh sedang giat dilaksanakan dari kawasan operasi.




Info Terkini 10 MAC 2013 Lahad Datu Sabah


 TERKINI 10 MAC 2013- OPERASI OP DAULAT MASIH DITERUSKAN

Jam 10 Mac 2013  (Ahad) Op Daulat- 10 Mac 2013


Jam 10.01 Pagi: Operasi mencari saki baki penceroboh masih dijalankan seperti biasa. Kali ini, Operasi gempur diperhebatkan dan militan di beberapa zon Merah kini terperangkap. Pasukan keselamatan meningkatkan kekuatan dengan penambahan anggota ke ground zero bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada penceroboh militan Sulu.

Jam 10.04 Pagi: Penduduk di Lahad Datu, Sabah hari ini terus diingatkan agar tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang telah dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih bertungkus lumus menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu

Jam 10.25 Pagi: Pengikut Kiram III tidak akan menyerah diri meskipun bilangan mereka tinggal sedikit. Memetik dari kenyataan anak perempuan Kiram, Jacel Kiram memberitahu hari ini yang bapa saudaranya, Agbimuddin Kiram dan para pengikutnya tidak akan meninggalkan Sabah walaupun serangan bertali arus datang dari pasukan keselamatan Malaysia.

Jam 10.45Pagi: Pertempuran berlaku di Tanjung Batu antara Pengganas dan juga Anggota keselamatan.

Jam 11.10 Pagi: Pada malam semalam, terdapat 2 orang anggota PGA cedera akibat bertempur kira-kira 8 malam semalam.

Gambar- Tentera membuat operasi mencari saki baki pengganas Sulu


Jam 12.00 Tengah hari: Gambar rampasan senjata pengganas yang ditemui dan bot pancung turut dimusnahkan pihak tentera.



Jam 1.20 Petang: Sementara itu di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 33 orang lagi ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu. Kesemua mereka berusia 18 tahun ke atas dan empat daripadanya adalah wanita.

Jam 1.30 Petang: Setakat ini, hanya 2 anggota PGA tercedera ketika operasi di Tanjung Batu dan Tanjung Labian malam semalam dan perkara ini telah disahkan Ketua Polis Negara.

Jam 3.51 Petang: Penduduk di Tanjung Labian bertindak melarikan diri secara beramai-ramai ke kawasan yang lebih selamat setelah mendengar beberapa das tembakan di kampung tersebut hari ini.

Jam 5.25 Petang: Sekumpulan wartawan dan jurugambar menceritakan pengalaman mendebarkan apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, Felda Sahabat pada pukul 10 pagi tadi. Namun semuanya terselamat setelah beredar dari tempat kejadian dengan cepat.

Jam 6.30 Petang: Laporan Sidang Media KPN 10 MAC 2013 5.30 PM



Operasi di kawasan Kampung Tanduo dan juga Kampung Tanjung Batu telah diteruskan sejak petang semalam di mana pada jam 8 malam tadi telah berlaku kejadian berbalas tembak secara “sporadic” sehingga awal pagi. Sewaktu kejadian berbalas tembakan yang bermula pada jam 3 pagi, dua anggota pasukan gerakan am, kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya.

Pada jam 9:45 pagi tadi, sewaktu pasukan keselamatan sedang bergerak menjejaki pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, tiba-tiba muncul satu kumpulan manusia dari kawasan belukar. Kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita dewasa. Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan. Ketika proses “frisking” dilakukan, tiba-tiba kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar yang berhampiran. Secara spontan, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut. Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia.





Info Terkini 09 MAC 2013 Lahad Datu Sabah


UPDATE TERKINI 9 MAC 2013 Op Daulat (9 MAC 2013)

Jam 9.55 Pagi: Tiada tanda pengganas atau penceroboh Sulu menyerah diri dibeberapa Zon Merah setelah serangan Jet Pejuang semalam.

Jam 10.00 Pagi: Statistik terkini Op Daulat sehingga Op Daulat hari Keempat semalam (8 Mac 2013). Serangan Jet Pejuang turut berlaku pada pukul 2.30 pagi di Sungai Merah dan Sungai Nyamuk pada awal pagi semalam (8 Mac 2013). Jumlah kematian akibat serangan jet pejuang masih belum dapat disahkan.


Jam 11.01 Pagi: Keadaan di Felda Sahabat, Lahad Datu adalah terkawal dan penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Dimaklumkan juga bahawa Semua Sekolah Di Semporna, Tawau Dibuka semula Pada isnin. Perkara ini disahkan oleh kata Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Jame Alip.

Jam 11.35 Pagi: Rutin Harian Di felda. Ramai diantara mereka di felda yang kerja sebagai pengutip biji kelapa sawit yang boleh menghasilkan sumber pendapatan penduduk disini.


Jam 12.00 Tengah Hari: Kawalan Ketat di kawasan perairan Felda Sahabat




Jam 1.52 Petang: Operasi Dulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi dijalankan, seorang penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan peceroboh tersebut.

Jam 3.00 Petang: Anggota Kelab Putera 1Malaysia agih bantuan makanan


Jam 3.01 Petang: Gambar suasana di penduduk Tanjung Labian di Dewan Embara Budi


Jam 3.27 Petang: Operasi menjejaki musuh masih diteruskan di beberapa kawasan Zon Merah Kg Tanduo, Tanjung Labian, Tanjung Batu



Jam 3.56 Petang:  Pasukan keselamatan yakin anggota militan bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 130 kilometer dari sini. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri.

Jam 5.31 Petang: Statistik terkini Op Daulat

* Kematian Penceroboh Setakat ini- 53 orang

* Suspek penceroboh yang kini ditahan – 79 orang

Jam 6.00 Petang: Sidang Media KPN 5.30 PM

Operasi masih dijalankan seperti biasa yang mana pasukan keselamatan dapat memasuki ke lokasi-lokasi baru yang dipercayai musuh sedang bersembunyi di lokasi tersebut. Setakat petang ini tiada apa-apa tembakan dan sebagainya dilepaskan.

Beberapa orang telah ditahan berhampiran kawasan persisiran pantai Kampung Tanjung Batu pagi tadi kerana mereka telah memasuki kawasan zon larangan. Kesemua mereka telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan selanjutnya.