Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini : (3 MAC 2013)1 PAGI WAKTU TEMPATAN- ANGGOTA POLIS MAUT


Berita terkini laporan kematian di Semporna Sabah. Dilaporkan seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna.


Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

3.00 Pagi (3 MAC 2013)- SAH TENTERA SULU DI SEMPORNA

Ancaman tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.
Keadaan terkini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah. Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata tersebut selepas berlaku pertempuran.

Terkini KG TANDUO LAHAD DATU 3 MAC 2013


Foto: Sultan Sulu Jamalul Kiram III (duduk) dengan pengikut-pengikutnya di kampung Maharlika, bandar Taguig, Manila selatan
No Surrender,We Stay melaporkan tentang pendirian Sultan Jamalul Kiram III yang masih utuh dengan hak pemilikan ke atas Sabah. Jelas Sultan Sulu itu lagi ketika sidang media di rumahnya bandar Taguig selatan Manila,tetap tidak mahu menyerah dan mendakwa Sabah tetap milik mereka.
Terkini Semporna Kematian Disahkan Meningkat : 5 Anggota Polis Disahkan Terbunuh di Semporna akibat kejadian berbalas tembakan semalam. Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna.

Terkini 11.05 MALAM:

Terkini laporan KPN- Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang. 6 orang penceroboh turut terbunuh insiden semalam.



Tiada ulasan: