Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

K.Lumpur - Mati Selepas Berhibur


Mati Selepas Berhibur

KUALA LUMPURSeorang pengunjung sebuah pusat hiburan di Kompleks Wilayah, Jalan Munshi Abdullah, di sini ditemui maut akibat parah di kepala selepas terjatuh dari tempat letak kereta di tingkat tiga bangunan berkenaan, awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 38 tahun dan berasal dari Setapak, di sini, datang ke pusat hiburan berkenaan bersama tiga rakannya untuk berhibur. 

Pada awalnya, mangsa dipercayai terjatuh akibat mabuk, namun siasatan polis mendapati sebelum kejadian berlaku mangsa dilihat bergaduh dengan beberapa orang pengawal atau ‘bounzer’ ekoran membuat kecoh di dalam pusat hiburan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa berkunjung ke pusat hiburan itu jam 1 pagi bersama rakannya dan semasa mereka berhibur, mangsa yang dipercayai mabuk bertindak agresif memaki hamun serta mencekak baju pelayan.

“Melihat kekecohan itu, beberapa bouncer bertindak meleraikannya dan mangsa dibawa keluar ke tempat letak kereta di tingkat tiga.

"Semasa di tempat letak kereta itu, dipercayai berlaku pergaduhan antara bouncer dengan mangsa dan tidak berapa lama kemudian mangsa ditemui maut dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai terjatuh," katanya di sini semalam.
Menurutnyam setakat ini, tiga suspek lelaki yang juga bouncer pusat hiburan berkenaan sudah ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Polis masih menyiasat bagi mengenal pasti sama ada mangsa terjatuh akibat ditolak atau terjun ketika cuba melarikan diri selepas pergaduhan.



- Muhammad Apendy Issahak / Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Matiselepasbuatkecoh/Article/index_html

Isu Gangguan Bekalan Air Di Selangor


Hye.... Korang sume....Ape Khabar?? hehehe Harap korang sume sihat walafiat... hari ni cena nak share dgn korang tentang isu yg agak mengecewakan iaitu kesengsaraan bile ketiadaan air... Dengan ini cena dapat info serta maklumat yg diberikan oleh pihak SYABAS sendiri, berikutan isu yg menjadi rintihan dan rentetan dari Penduduk ( Penghuni Rumah ) yang megalami gangguan bekalan air yang sangat lama hampir seminggu dan ada yg bru 2 hari ...

Oleh itu saya sertakan artikel ini untuk rujukan dan pengetahuan serta pengumuman buat Penduduk Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Gombak yg mengalami gangguan bekalan Air ini...





STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK


Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan status terkini Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning yang telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11 April 2013 berikutan kejadian paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000 mm telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak. 

Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang telah dimulakan di tapak sejak pagi semalam (11 April 2013) mengalami kesukaran berikutan lokasi paip pecah yang terletak di tebing sungai serta keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan lebat petang semalam telah menyebabkan paras sungai meningkat dan mengakibatkan pihak kontraktor SYABAS terpaksa beberapa kali mengangguhkan kerja-kerja pembaikan. Kerja-kerja pembaikkan telah disambung semula pada pukul 2.30 pagi ini setelah hujan berhenti dan ianya dijangka siap lewat petang atau malam ini. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada keadaan cuaca pada hari ini. Tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih selepas itu secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5 hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikkan paip pecah siap sepenuhnya.

Pada masa ini, pihak SYABAS telah menggerakkan empat puluh dua (42) buah lori tangki untuk membantu membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat. Manakala sejumlah 525 tangki air statik juga telah ditempatkan di lokasi-lokasi yang strategik di sekitar kawasan yang terlibat. Bagi kemudahan pengguna pihak SYABAS juga telah mendirikan Pusat Khidmat Setempat (PKS) di 4 lokasi strategik iaitu di Rukun Tetangga, Seksyen 2 Desa Setapak; Pasaraya Hero, Taman Dagang, Ampang; Giant Setiawangsa dan tempat letak kereta bersebelahan Spectrum Plaza di Jalan Wawasan 4/7, Bandar Baru Ampang bagi membolehkan pengguna mendapatkan informasi-informasi dan penjelasan yang berkaitan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini serta apa-apa bantuan yang diperlukan. Jumlah Pusat Khidmat Setempat ini akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Pada masa ini, pihak SYABAS akan terus melakukan pemantauan berterusan dari masa ke semasa dan akan memaklumkan terus kepada para pengguna berhubung perkembangan terkini status gangguan bekalan air tidak  berjadual yang berlaku ini. Sehingga laporan ini dikeluarkan, pihak SYABAS telah menggerakkan seramai 300 tenaga kerja khusus bagi tujuan ini. Pengguna juga disarankan agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pemandu-pemandu lori agar lori tangki dapat sampai ke destinasi yang diperlukan tanpa sebarang gangguan.

Sejak Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) kod kuning diaktifkan semalam, Pusat Khidmat Pelanggan SYABAS (PUSPEL) telah menerima lebih 3,200 panggilan melibatkan 414 aduan berkaitan ketiadaan air, 283 tekanan air rendah, 599 permintaan untuk bantuan melalui lori tangki di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak.

Setakat makluman ini dikeluarkan, gangguan bekalan air tersebut masih melibatkan kira-ira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang 500, 000 orang pengguna seperti berikut:

Wilayah Kuala Lumpur

1
Flat DBKL Dato’ Keramat
15
Taman Cempaka
2
Jalan Padang Tembak
16
Taman Bakti
3
Jalan Semarak
17
Taman Nirwana
4
Jalan Gurney
18
Kampung Pandan Dalam
5
Kementah
19
Taman Cahaya
6
Pulapol
20
Pandan Cahaya
7
Wisma Tanah
21
Taman Dagang
8
JUPEM
22
Taman Shamelin
9
UTM
23
Taman Tenaga
10
FELDA
24
Taman Miharja
11
Pusat Latihan Telekom
25
Taman Kobena
12
Jalan U Thant
26
Bandar Permaisuri
13
Jalan Ampang Hilir
27
Desa Pandan
14
Taman Pandan Jaya
28
Flat Sri Melaka
Jumlah Akaun : 28,368

Wilayah Gombak

1
Kampung Baru Ampang
29
Kampung Kemensah
2
Kampung Melayu Ampang
30
Kampung Lembah Jaya
3
Taman Hillview
31
Kampung Pinggir Tiga Jaya
4
Bukit Jobina
32
Kampung Tengah Lembah Jaya
5
Taman Dato Ahmad Razali
33
Lembah Jaya Utara
6
Taman Bukit Indah
34
Lembah Jaya Selatan
7
Taman TAR
35
Sri Rampai
8
Kampung Tasek Permai
36
Taman Ampang
9
Ukay Heights
37
Taman Dagang Permai
10
Ampang Jaya
38
Taman Pandan Ria
11
Dataran Ukay
39
Taman Permai Jaya
12
Pinggiran Ukay
40
Taman Permata
13
Sri Ukay
41
Taman Saujana Ampang
14
Beverly Heights
42
Tasek Tambahan
15
Ampang Indah
43
Taman Ampang Mewah
16
Ampang Jaya
44
Taman Ampang Utama
17
Ampang Saujana
45
Taman Bukit Ampang
18
Ampang Water Front
46
Taman Cahaya Ampang
19
Bandar Baru Ampang
47
Taman Dagang Jaya
20
Bukit Ampang Permai
48
Taman Halaman
21
Bukit Indah
49
Taman Kesuma Ampang
22
Desa Lembah Permai
50
Taman Kosas
23
Desa Setapak
51
Taman Mulia Jaya
24
Jalan Ampang
52
Taman Rasmi Jaya
25
Kampung Bukit Sungai Puteh
53
Taman Sri Ampang
26
Keramat AU 1 hingga AU 5
54
Taman Watan
27
Kampung Ampang Campuran
55
Wangsa Melawati
28
Kampung Indah Mulia


Jumlah Akaun : 61,392


Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan dari pembaziran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini berlaku. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. SYABAS juga menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’

BIADAP!!! Gambar Alvin Dan Vivian Bogel Dengan Bendera BN Tersebar

  • Gud Morning guys,,, Pgi ni cena nak share tntang sikeparat bangsat nih punye keje biadap...mmg kurang ajar sungguh kelakuan die bile die post gmbr bogel disebalik bendera BN...berapa la agaknya die nih dpt upah buat kerja terkutuk ni kn... jom kite tgk Betapa S*** nye die nih....mcam CNTIK n BAGOS sgt wat mcm nih...WTF!!! 

Gambar pasangan Alvin Dan Vivian bogel dengan bendera BN tersebar. Foto kontroversi ini telah menyebabkan Vivian dikritik hebat setelah dia memuat naik gambar dalam keadaan bogel sambil membentangkan bendera BN di laman sosial Facebook. 

Foto ini juga dipercayai disebar dengan idea pasangan kontroversi Alvin dan vivian. Pelbagai komen negatif dilemparkan kerana perbuatan itu menghina parti Barisan Nasional.


Tindakan tidak sopan ini disifatkan sebagai penghinaan keatas parti politik Barisan Nasional telah mendapat reaksi dari Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin. Beliau menyatakan, laporan tersebut akan dilakukan esok namun tidak menyatakan waktu dan di balai polis mana laporan tersebut akan dibuat. Khairy Jamaluddin turut menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai amat biadap.

Inilah Die SAMPAH Masyarakat..


  • * ini bukan biadap tp kurang ajar!!! semoga Die dpt balasan yg setimpal nya sebb menganiaya org lain...Aminnn...(sabar je la walaupon dalam hti aku ni pANAS!!! je tgk muke die..!!!)






PANAS!! Khairul Fahmi Apek buat Penjelasan Isu Pemain Kelantan Sombong

Holla guys.... nak tgk x cerita gempak.....!!! 
jommmm layan...!!!

  • Penjelasan Apek Khairul Fahmi isu pemain kelantan sombong. 


Baru-baru ni, telah tersebarnya foto peminat bersama beberapa pemain kelantan di sebuah restoran. Dalam gambar tersebut, seolah-olah beberapa orang pemain kelantan termasuk Apek sendiri tidak mahu untuk bergambar dengan peminatnya. Oleh itu, tersebarlah foto kontroversi mengenai isu seperti berikut dilaman sosial.


"Cuma nak cerita untuk tatapan bersama. Tengahari semalam (Khamis) saya dan keluarga berhenti rehat di r&r seremban utk makan. Alangkah gembira hati anak saya kerana berjumpa dengan pemain Kelantan iaitu Piya, apek , inderaputra sdg makan disitu. Apa yg saya kesalkan ialah sikap pemain ini sbb apabila diajak bergambar mereka palingkan muka. Inikah sikap pemain yg lagak bak superstar.Anak saya menyesal bergambar dan terus delete gambar mereka. Ini sbg ingatan kpd pemain bola iaitu jgn berlagak sbb liga malaysia bukanlah liga setaraf eropah atau asia. Saya puji pemain spt mahali, norazlan(selangor), azamudin, dan lain2 yg tidak sombong apabila jumpa peminat. Pesanan saya kpd pemain kelantan ni, jgn cepat lupa diri sbb populariti anda tidak kemana pun. – Gambar Dan Pendapat Salah Seorang Peminat di FACEBOOK

  • Ini Penjelasan Khairul Fahmi isu pemain kelantan dilabelkan Sombong

Menurut apek, mereka berada dalam keadaan tidak bersedia ketika gambar cuba diambil. Pada masa yang sama, apek turut menyatakan bahawa peminat tersebut ada mengambil gambar ketika wajah mereka dalam keadaan bersedia. Namun, dalam banyak-banyak foto yang diambil, foto yang mencetus kontroversi itulah yang disebarkan untuk menabur fitnah.

  • Petikan SMS apek dalam bahasa Kelantan





Kesimpulan cena la kan...cena rase bnda ni xtaw salah siapa...kite pon xboleh menundng jari kepada sesape pon bg mengelakkan penambahan dosa...so kepada yg buat onar tntang isu ni, kalau betul dorang ni mcm tu, anggap je la dorang pon manusia biase,,, xguna kalau kte buat onar menjatuhkan dorang pon uolss xkan dpt ape pon kan...so lebih baik kite diam n sedar siapa diri kita dmata mereka,,,insyaallah Yg Selebihnya kite serahkan Pada Allah swt.Biar die yg mengadilinya,,,kalau kita dipihak yg benar Doa kita Akan Dimakbulkan...Sabar ea....

Bagi Pihak pemain bola tu pon, kalau boleh korang xpyh la sombong  dgn peminat2 korng ea..xkira mcm mane buruk nya HAMBA ALLAH itu, mereka ttp MAKHLUK ALLAH seperti kamu sume..ingt ea,,kalau kite lupa siapa kita, Bila2 mase tuhan akan tarik balik ape yg kite ade,,, ini untuk tatapan korang je bukan nak bela sesape...anngap lah ini ujin buat korang...so lepas ni sape2 pon nak amik gmbr korang kene la tunggu sampai pemint korang bla..bru xtimbul isu..hahahahahahaa wattccchhaaaaa,,,

ALL ThE BEST U OLLS...N CONGRATULATIONS kt tEAM korang ..



Lagi Isu Lahad Datu - Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman Diburu Polis

  • Gambar Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman diburu oleh pihak polis. 


Lelaki ini dipercayai terlibat dalam isu pencerobohan Lahad Datu Sabah. 

Lelaki yang bergelar Datuk Seri ini diperlukan untuk membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.


Muhammad Ridzwan, merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.


  • Penjelasan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman

  1. Assalamualaikum, Ayahanda Dato Seri’ Muhammad Ridhwan Bin Sulaiman Merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia akan membantu pihak Polis berkaitan siasatan Operasi Isu Pencerobohan Lahad Datu, Sabah
  2. Untuk pengetahuan, ayahanda tidak berkaitan dengan pengganas mahupun Jamalul Kiram III. Beliau hanya mengenali SULTAN MUEDZUL-LAIL TAN KIRAM merangkap Raja Muda (Crown Prince) yang disahkan oleh Kerajaan Filipina.
  3. Tujuan beliau menolong adalah hanya untuk membantu Umat Islam yang tidak berkemampuan Di Sulu. 
  4. Diminta pihak-pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini. Ikuti perkembangan melalui media massa dari semasa ke masa.
  5. Amar Maaruf Nahi Mungkar,
  6. Sekian, Harap Maklum.



Berita Lahad Datu 3 April 2013 Op Daulat

  • Terkini Lahad Datu pada 3 April 2013.
Eksklusif bukti bahawa pengganas sulu mengamalkan ilmu kebal. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kenapa pengganas sulu ni sukar untuk ditembak ketika bertempur dan boleh melarikan diri. 

Menurut askar yang bertugas, mereka menjadi saksi bahawa pengganas ini amalkan ilmu kebal kerana ratusan peluru langsung tidak menembusi badan mereka.


Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap. Namun, kekebalan pengganas

Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.

Siapa Datuk Seri Clarence Luing Karl Isu Lahad Datu

  • Siapa Datuk Seri Clarence Luing Karl dan apa kaitan dengan isu Lahad Datu? 

Polis kini sedang memburu seorang lagi lelaki yang ada kaitan dengan pencerobohan Lahad Datu. Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl dikehendaki kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.


  • Alamat Tempat Tingal Datuk Seri Clarence Luing Karl

Lelaki ini dipercayai tinggal di alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah

Beliau diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran. Namun pihak polis enggan mendedahkan butiran sebenar lelaki tersebut.

Sumber Laporan Terkini- sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16

  • Dikehendaki Polis

P/S: Kalau Jumpe die nih tolong pijak1000x die..... SUNGGUH BIADAP!!! 

Lagu Teman Pengganti CILOK Lagu Noorkumalasari

'Teman Pengganti' Nyanyian Black Cilok Lagu Noorkumalasari

Hye Korang....cena ari ni nak share tentang lagu FAVOURITE cena ni...hihhihiihi... dikatakan lagu black "tman Pengganti" di cedok dari lagu "hati Seorang Kekasih" nyanyian Artis Noorkumalasari yg pernah popular pada Era 80'an... Bg cena la kan....lagu black ni mmg same range muzik die...tp hanya sebahagian je yg same..,..tp ade jugak la pihak yg tidak puas hati dgn lagu black ni lalu cuba mmbuat onar kononya boleh mnjatuhkan reputasi lagu "Teman Pengganti " mmg silap la wei sape punya angkara tu...Aku ttp suke lagu "teman Pengganti" sampai bile2....hahahahaha... 

  • Kat Bawah ni antara isu yg dikatakan Lagu Teman Pengganti Cilok Lagu Hati Seorang Kekasih...

Pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti nyanyian Black bersama Mallique yang popular ketika ini adalah ilham yang diciplak daripada melodi lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an.

Perkara itu menjadi buah mulut segelintir pihak kononnya populariti lagu tersebut adalah disebabkan kehebatan melodi nyanyian Noorkumalasari yang merupakan bintang popular suatu ketika dahulu.
Malah ada yang berkata tindakan Mallique selaku komposer lagu Teman Pengganti dikatakan tidak profesional apabila dia tidak meminta kebenaran daripada pemegang hak cipta asal lagu tersebut iaitu Warner Music (M) Sdn Bhd.

Bagaimanapun Pengurus A&R Warner Music (M), Mokhtaza Ahmad yang dihubungi bagi mengulas perkara tersebut berkata, komposer berkenaan tidak melakukan kesalahan kerana lagu yang dikatakan ‘dicilok’ itu mematuhi melebihi kiraan tertentu iaitu tidak melebihi lapan bar.

"Jika sesebuah lagu yang sama melodinya dengan lagu asal diambil melebihi lapan bar, barulah ia menjadi kesalahan dan pemegang hak cipta sesebuah lagu boleh ambil tindakan mahkamah.



"Dalam hal ini, kod pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti yang diambil berdasarkan melodi Hati Seorang Kekasih bukanlah satu kesalahan.

"Lebih-lebih lagi apabila penggunaan kod muzik yang sama, ia tidak perlu menjadi satu 'perbalahan'. Melainkan keseluruhan melodi dalam sesebuah lagu baru itu sama," katanya yang dihubungi mStar Online.
Beliau diminta mengulas rungutan beberapa pihak yang mengatakan lagu terbaru nyanyian Black itu mempunyai persamaan dengan lagu Norkomulasari yang popular pada era 80-an.

Tambah Mokhtaza, persamaan irama kod muzik pada kebanyakan lagu adalah satu perkara normal memandangkan nota muzik hanya ada 12 jenis sahaja.

"Di mana-mana sekalipun, kod muzik tidak banyak yang boleh diubah. Paling tidak, ia akan digunakan semula sedikit dengan kod lain.

"Dan perlu diingat, sudah beratus tahun muzik ada dalam masyarakat, banyak lagu telah didedahkan.
"Sekiranya terdapat sedikit unsur sama muziknya, itu normal. Rasanya ia bukanlah satu 'trend' untuk tiru lagu-lagu yang sedia ada kerana kebanyakan mainan muzik itu satu pengulangan," tegasnya.

Dalam pada itu, Mokhtaza berharap, selepas ini, pihak yang menilai mengenai hal peniruan lagu lebih memahami tentang konteks dan undang-undang muzik.

  • "Bagi pihak-pihak tertentu yang mahu mengambil tindakan tentang isu ciplak , kaji dahulu lagu tersebut kerana setakat ini negara kita adil dalam hal undang-undang muzik,"

hah!! see betol x cena ckp,...orang yg xde keje ni mmg sebok n sengaja buat onar sebb nk jatuhkan lgu yg popular skng ni yg tgh meletop n naik....ape yg penting lagu ni mmg MELETOP....n TERBOOEKKK.... 
sape yg setuju boleh like n share... kalau xstuju boleh teruskan perjalanan korang....hahahaahaha see yaa.... gud bye....tata u ollsss..... muuaakkzzzzzzz

Kalau korang rase nak dgr lagu ni korang la kat SINI

Berita Lahad Datu 2 April 2013 Op Daulat

  • Terkini Lahad Datu 2 April 2013 Op Daulat

Terkini Lahad Datu Pada 2 April 2013. Pihak berkuasa mengumumkan bahawa sembilan kampung tempat persembunyian pengganas kini bersih.  Proses pemindahan penduduk yang mendiami pusat penempatan sementara ke kampung berkenaan giat dijalankan, kecuali Kampung Tanduo yang ditutup.


Tiga daripada empat dewan serba guna di Felda Sahabat yang dijadikan pusat penempatan sementara iaitu Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura juga telah ditutup kecuali Embara Budi disebabkan ada rumah penduduk yang mendiami pusat itu rosak sepenuhnya.

Walaupun pusat pemindahan sementara di kawasan Felda akan ditutup sepenuhnya, Operasi Daulat tetap diteruskan kerana fokus utama operasi ialah memastikan seluruh kawasan Lahad Datu, Semporna dan Sandakan benar-benar selamat.

Perkara Penting Yg Anda Perlu Tahu dalam Percintaan/Perkahwinan

Hye guys…!! Harini cena nak share dgn u olls terutama skali housemate cena (Liz Nadira dan Pasangan nya Abu Amzan ) sebb dorang yg request cena untuk kate2 hikmah buat lelaki dan wanita…. So cena combine kan skali untuk lelaki dan wanita yg tgh hangat bercinta….heehehehee



Antara Perkara Penting Yg Anda Perlu Tahu dalam Percintaan/Perkahwinan 

  1. Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  2. Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. 
  3. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. 
  5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
  6. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya. 
  7. Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya. 
  8. Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja. RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll) HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
  9. Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.
  10. Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia) 
  11. Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok. Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
  12. Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali. 
  13. Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
  14. Hukum bercouple/berpasang-pasangan sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi tetapi meniru gaya barat. 
  15. Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
  16. Dop payoh/sukar nikoh ni, bende yang mudoh.
  17. Perempuan yg cantik akan membuka "mata lelaki" Tapi perempuan yg baik akan membuka "hati lelaki".
  18. Bercouple dengan Bercinta adalah berbeza.
  19. ‎"Assalamualaikum. Hai cik adik leh kenal? Tak jawab dosa tau!"Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah.
  20. Semua lelaki adalah sama kacak, namun yang paling kacak di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya.
  21. Sunat buang air kecil dalam keadaan duduk. Oleh itu siapa yang kencing berdiri, perbuatannya makruh tapi tak berdosa.
  22. Carilah harta sebanyak mana pun tapi jangan jual agama. Sampai masa solat kita solat, jangan kejar dunia semata-mata.
  23. Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarik kita ke neraka.

Harap2 dapat mmberi inspirasi buat pasangan ni dan buat pembaca2 blog ni..…u olls yg bce artikel ni, sy wkil sahabat kepada pasangan ni mintk jasa baik korang untuk same2 kite doakan semoga pasangan ni terus mendapat keberkatan hidup dan kebahagiaan sehingga akhir hayat…Semoga  jodoh mereka kekal hingga akhir nafas… Aminnnnnnn

P/s : walaupon agak lewat perkahwinan dorang, inilah die name die JODOH. Kalau dah jodoh xkan kemana...hehehehe gambar hiasan jew,...


Sumber dari : ucapan atau petikan dari Ustaz Azhar Idrus..







Luahan Hati


biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

nite


gud nite guys...