Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini Di Lahad Datu Sabah (02 Mac 2013)

Terkini Di Lahad Datu Sabah




#    Kumpulan pemberontak Sulu masih tidak mahu berundur, mereka hanya mengukuhkan kubu mereka di Kampung Tanduo. Keadaan di Lahad Datu terutamanya di Felda masih merunsingkan penduduk.


Update 8.18 Malam

Ops Gempur Sulu akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja lagi. Amaran kali kedua sudah dikeluarkan kepada penceroboh dan akan berlaku perang yang seterusnya jika penceroboh masih berdegil. Polis menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini.
Risalah amaran kali kedua itu yang lebih ringkas dan keras serta ditulis dalam bahasa Inggeris dan Suluk, digugurkan menerusi helikopter hari ini.
“Pada risalah itu ditulis dalam bahasa Inggeris, ‘Warning. Lay down your arms. Surrender. Surrender. Surrender.’ (Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri),”
Update 10.00 Malam: Tembak Menembak Di Semporna
Kini penduduk semporna terutamanya di KG Sri jaya berada dalam keadaan panik kerana berlaku tembak menembak antara Polis dan kumpulan yang tidak dipastikan samaada tentera sulu atau pengedar Dadah. Berita penuh akan menyusul sebentar lagi.



Update Terkni 10.53 Malam: Berita Rasmi Tembakan Semporna

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi mengesahkan dua anggota polis cedera ditembak penyerang hendap berhampiran Kampung Simunul, Semporna. Beliau, bagaimanapun, menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, katanya, polis masih memburu kumpulan penjenayah terbabit.

Tiada ulasan: