Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini (07 Mac 2013) Di Lahad Datu Sabah

Lahad Datu 7 Mac 2013 – Jamalul Kiram III melenting pengikut dilabel pengganas?




Rata-ratanya bersetuju apabila pengikut individu yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III,digelar pengganas,ekoran apa yang telah kumpulan itu lakukan di Sabah sehinggakan mengorbankan nyawa pasukan keselamatan Malaysia

Namun,tidak kepada Kiram,malah beliau menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan media antarabangsa

Masih berpegang dengan pendirian berpaksikan sejarah dahulu kala,Kiram mendakwa para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka (Sabah)

Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas?,kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM

Malah portal berita  online Filipina Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah

Sebelum ini Setiausaha Luar Filipina, Albert Del Rosario turut bersetuju kumpulan yang menceroboh
Sabah itu dianggap sebagai pengganas

Laporan turut menyebut,Jamalul Kiram sekali lagi menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan
Sulu itu tidak akan menyerah diri

Beliau turut beranggapan para pengikutnya selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia


Tembak menembak di Kampong Tanduo

Kejadian tembak-menembak dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo kira-kira pukul 9.15 pagi ini
Bagaimanapun, sebarang kematian atau kecederaan belum dapat disahkan,lapor Utusan Online

Lautan dan Darat dikepung di Lahad Datu

Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah




SEMOGA SELAMAT… Anggota tentera mengaminkan doa sebelum meneruskan Op Daulat bagi mengesan saki baki pengganas bersenjata dari Selatan Filipina yang masih berlindung di Kampung Tanduo di Lahad Datu

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihak keselamatan turut menangkap penceroboh yang cuba masuk dan keluar dari Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan

Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat

Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung,pada Khamis

Sultan Jamalul Kiram III umum gencatan senjata


Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah lapor portal berita online Filipina inquirer.net

Jurucakap Kiram,Abraham Idjirani mengumumkan perkara tersebut dalam sidang akhbar di bandar Taguig yang memaklumkan gencatan senjata senjata sebelah pihak telah diisytiharkan oleh Kiram pada 12:30 tengahari Khamis

Laporan media lain turut menyebut gencatan senjata ini adalah gesaan dan nasihat Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB,Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan rundingan selanjutnya

Dalam pada itu Kiram turut menggesa Malaysia mengambil tindakan sama

Gencatan senjata hanya boleh dilakukan jika penceroboh henti mengganas – Tun M


Gencatan senjata hanya boleh dilakukan jika kumpulan penceroboh berhenti mengganas di Sabah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau mengulas kenyataan terbaru Sultan Jamalul Kiram III supaya dilakukan gencatan senjata di Sabah

Dr Mahathir berkata, Kiram sendiri tidak dapat mengawal pasukan penceroboh yang sudah berikrar akan berjuang habis-habisan, katanya kepada pemberita – BH

Reaksi Menteri pertahanan : Gencatan senjata Sultan Sulu


Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata Jamalul Kiram (III)

Demikian tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi mengulas tawaran Jamalul, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, meminta agar diadakan gencatan senjata lapor akhbar Sinar Harian

Selain itu, Jamalul juga meminta agar pasukan yang setia kepada beliau meletakkan senjata

Menjawab perkembangan itu, menerusi mesej Twitter, Zahid berkata: “Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram

Demi kepentingn rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan

Dalam mesej susulan, Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat





Tiada ulasan: