Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Pejuang2 Yg Gugur Dalam Pertempuran Pencerobohan Lahad Datu Sabah


Dalam Kenangan- Takziah kepada keluarga 8 Anggota Polis Yang Terkorban



إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إليَ رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون
الَلهُمَّ اكْتُبْهُ عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وِاجْعَلْ ِكتابَهُ ِفي ِعلّيِّين
وَاْخلُفْهُ في أَهْلِهِ في الغَابِرين
وَلا تحَرِْمْنا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ 



Artinya: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali.
Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu.


Terkorban Pada 01 MAC 2013, Di Kampung Tarduo, Lahad Datu Sabah.

Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada hari JUMAAT 01 MAC 2013  setelah terkena serangan mortar diKampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, yang menjadi kubu sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.


Pegawai dan Anggota Polis Yang Terkorban Pada 04 MAC 2013, Di Semporna, Sabah
Saya Juga Mengucapkan Salam Takziah Kepada 6 Lagi  Pegawai dan Anggota Polis yang Terkorban Di Semporna Sabah pada  04 MAC 2013.

Antara Pegawai dan Anggota Polis Yang Terkorban Adalah :-


1. Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.


2. Asisten Superitendan Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

3. Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

4. Sarjan Aziz Sarikun, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

5. Koperal Salam Tongiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.


Ahmad Hurairah Ismail Tentera Terkorban di  Tanjung Batu ,Sungai Nyamuk, Lahad Datu Pada 12 Mac 2013

Salam Takziah saya ucapkan kepada keluarga Ahmad Hurairah Ismail Tentera yang Terkorban di Tanjung Batu 12 Mac 2013. Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera yang terkorban di Sungai Nyamuk, Lahad Datu. Berasal Dari kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan -Jenazah akan diterbangkan dari Lapangan terbang Tawau 4 pagi
 13 Mac 2013 dan Dijangka di Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Jam 8 Pagi.


Senarai Korban 12 Mac 2013

Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24- Terkorban bertempur di Kampung Tanjung batu
Prebet Ahmad Farhan Roslan, 21- Terkorban kemalangan jalan raya Lahad Datu- Cenderawasih



AL-Fatihah...




وَالَّذِيْنَ جَاءُوْامِنْ بَعْدِ هِمْ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَااغْفِرْلَنَا وَلإخَْوَانِنَاالَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِاْلإَْيْمَانِ......

“Dan orang-orang yang datang setelah mereka, berkata: Yaa Tuhan kami, ampunilah kami dan ampunilah saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan beriman.” (QS Al-Hasyr 59: 10)


Tiada ulasan: