Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Berita Lahad Datu 26 & 27 Mac 2013 Op Daulat


Hollah kosmostas!!!! heheehehe hye korang..cena nak update info lahad datu 26 n 27 mac 2013.. cena kombign sekali la senang kan? ni pon atas pemintaan kengkawan yg ingin tahu tntang isu lahad datu ni...
k la.. kite teruskan ea....

  • Terkini Lahad Datu 26 Mac 2013 Op Daulat
Pada 26 Mac 2013. Seorang pengganas telah menyerah diri apabila berada dalam keadaan tertekan dikepung tanpa sebarang bekalan makanan. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang pengganas ditahan selepas menyerah diri di Tanjung Batu, di sini, petang semalam


  • Penduduk Kampung Tanduo Dibawa Masuk Semula

Lebih 20 individu termasuk ketua kampung, ketua keluarga dan pasukan keselamatan dibawa pasukan ke Kampung Tanduo, di sini, pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan membawa mereka ke kampung terbabit bertujuan untuk melihat kerosakan di sekitar lokasi itu.


  • Terkini Lahad Datu 27 Mac 2013 Op Daulat
Terkini Lahad Datu pada 27 Mac 2013 rabu. Beberapa dalang yang telah menyalurkan sumber kewangan kepada pengganas sulu sudah dikenal pasti. Polis mengesan lebih 10 individu sekitar Semporna dan Sandakan terbabit dengan kegiatan pengiriman wang ke Jolo, selatan Filipina dipercayai bertujuan membiayai kumpulan pengganas. Mereka berperanan sebagai orang tengah yang membawa sejumlah wang tunai kepada kumpulan pengganas itu melalui jalan laut.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan. 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.


Pada jam lebih kurang 7.30 pagi tadi, bertempat di Sungai Nyamuk, telah berlaku tembak menembak diantara pihak pasukan keselamatan dengan pihak musuh. Dalam kejadian ini, pasukan keselamatan telah menemui sepucuk pistol jenis revolver 38 dan 6 butir peluru. Walaubagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Sementera itu operasi mencari saki baki pengganas Sulu masih lagi beroperasi di Tanjung Batu, Felda Sahabat.

Keadaan di bandar Lahad Datu terkawal dan aktiviti harian penduduk pulih seperti biasa.





Tiada ulasan: