Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Berita Lahad Datu 31 Mac 2013 Op Daulat

  • Berita terkini Lahad Datu pada 31 Mac 2013. 


Penduduk kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian dibenarkan masuk semula ke kampung tersebut. Awal pagi semalam, pasukan Keselamatan telah membawa keluar satu mayat pengganas bertempat di Tanjung Batu di mana mayat pengganas tersebut adalah mayat yang telah ditembak dalam kejadian pada 6 Mac 2013. Mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Operasi Daulat hanya akan ditamatkan selepas pasukan keselamatan yakin kawasan yang bergolak benar-benar selamat, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. 

Beliau berkata pasukan keselamatan tidak menetapkan tarikh atau tempoh tertentu Operasi Daulat kerana usaha membanteras pengganas yang dijalankan pasukan keselamatan itu merentasi kawasan lebih luas dari Lahad Datu.

  • Gambar Terkini Kampung Tanjung Labian
Foto: Rumah di Kampung Tanjung Labian yang musah teruk

Foto: Rumah di Kampung Tanjung Labian yang musah teruk


Tiada ulasan: