Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Info Terkini 12 MAC 2013 Lahad Datu Sabah

TERKINI 12 MAC 2013- OP DAULAT Di Tanjung Batu dan Sungai Bilis

Update 12 Mac 2013 ( Selasa)

Jam 8.50 am: Keadaan di Bandar Lahad Datu dan semporna kini agak tenang dan aktiviti harian berjalan seperti biasa. Penduduk kini lebih yakin dengan keselamatan dengan kawalan ketat pihak berkuasa. Semua sekolah dibuka seperti biasa.

Jam 9.19 am: Seorang penduduk Tanduo turut menceritakan bahawa pihak penceroboh kini sedang mencari individu pertama yang membuat laporan kepada polis mengenai kehadiran pihak penceroboh di Kampung Tanduo.

Jam 9.25 am: Op Daulat tetap diteruskan di beberapa kawasan terutamanya Sungai Bilis dan Tanjung Batu. Pihak polis percaya bahawa pihak mereka akan tamatkan isu pencerobohan ini secepat yang mungkin.

Jam 11.29 am: Polis sahkan mayat berpangkat Jeneral Sulu


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebentar tadi mengesahkan mayat Jeneral Sulu yang dibedah siasat di Hospital Lahad Datu, semalam adalah Haji Musa.

Jam 11.35 am: Datuk Hamzah turut memberi kenyataan tiada pertempuran terbaru antara pasukan keselamatan dan pengganas di Kampung Tanjung Batu berdekatan Kampung Tanduo dalam tempoh 24 jam yang lalu.- Sidang Media


Gempar!!!!

Jam 5.35 Petang: Seorang Anggota Keselamatan Malaysia Terkorban !!

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi. Turut disahkan seorang anggota keselamatan turut tercedera.


Foto- Bukan gambar anggota tentera yang terbunuh pagi tadi. Tapi gambar Koperal Khairul Anuar yang cedera ditembak dan keadaannya dilaporkan stabil dalam pertempuran yang sama di Kampung Tanjung Batu pagi tadi.

Jam 5.43 Petang: Identiti seorang anggota tentera yang terkorban pagi tadi di Kampung Tanjung Batu masih belum diumumkan kepada orang awam. Identiti tentera yang terkorban tersebut akan diumumkan kelak setelah mendapat pengesahan dari pihak berkuasa. Apapun, takziah kepada keluarga mangsa.

Jam 7.04 Malam: Ahmad Hurairah Ismail Sah Tentera Terkorban Tanjung Batu 12 Mac 2013. Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera yang terkorban di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi tadi akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan -Jenazah akan diterbangkan dari Lapangan terbang Tawau 4 pagi Esok dan Dijangka di Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Jam 8 Pagi- Ahmad Zahid Hamidi.

Gambar Allahyarham Ahmad Hurairah


Al-Fatihah.....





Tiada ulasan: