KESULTANAN
Sulu adalah sistem monarki tradisional Islam orang-orang Tausug yang meliputi
wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu Wilayah Autonomi
Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah.
Ia diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang puteri tempatan.
Pada
1675, setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di Brunei,
Sultan Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur Sabah).
Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu (sultan Sulu) pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu “Sultan” Jamalul Kiram III mungkin terlupa sesuatu.“Baginda” atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, Kesultanan Islam Sulu melalui tindakan datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk “menyewakan” atau perkataan yang lebih tepat iaitu pajakan negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada kuasa Eropah pada masa itu iaitu British (Sebelum pembentukan Malaysia).
Pajakan dilakukan berdasarkan kehendak sendiri dan ia
relevan sehingga ke hari ini. Kesultanan Sulu kemudiannya berada di
bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka menandatangani Protokol Madrid
dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan apa-apa tuntutan ke atas Borneo
Utara.
Kesultanan
itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian
Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua kuasa politik kepada
Amerika Syarikat. Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian
persekutuan Malaysia pada 1963
Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa.
Yang
menariknya, apakah yang Sultan Sulu dan barisan tenteranya lakukan pada masa
ketika Sabah dijajah oleh Jepun?
Jika
benar “Baginda” mempunyai hak di Sabah, adakah “baginda” pernah menghantar
“Tentera Diraja Sultan Sulu” untuk membebaskan Sabah? (Seperti kekacauan yang
berlaku di Lahad Datu Sabah sekarang????)
Jawapannya
TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu
ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan
‘hak’ pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden
Macapagal pada 12 September 1962 dan tidak menghalang pembentukan Malaysia.
Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu “tidak serius” dan
bersikap “lepas tangan” dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah
mengugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik
dengan Malaysia.
Walaubagaimanapun,
Filipina masih terus mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai sebuah entiti
berdaulat sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun
1986. Kini terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan
Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III.
Ya!! Hakikatnya, sekarang ini kerajaan Malaysia tetap & masih membayar RM5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi “Sultan Sulu” yang yang ada sekarang ini mahukan lebih daripada itu iaitu mahukan 50% wang hasil ekonomi Sabah.
Sejak
itu Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada
Kesultanan Sulu, keturunan bekas Sultan Sulu tidak merebut kembali wilayah
berkenaan, sebaliknya bersetuju untuk menerima pembayaran serahan berdasarkan
perkiraan sebelumnya. Mengapa baru sekarang Sultan Sulu mahu merampas
Sabah semula yang telah pun diiktiraf PBB???
Sultan
Sulu (Jamalul Kiram III). Mengapa Tidak Menuntut Guna Saluran Yang Betul?
Bagi kami kisah kesultanan Sulu sudah pun menjadi
cerita dalam buku sejarah. Zaman beliau sudah lama berakhir. British telah
mengambil Sabah & Sarawak, Belanda pula merampas semua tanah borneo yang
lain. Amerika/Sepanyol pula menguasai tanah-tanah di Filipina. Sebenarnya
kekuasaan Kesultanan Sulu sudah tamat.
Walaubagaimanapun, mereka masih lagi bernasib baik apabila “keturunan mereka tidak diapa-apakan”. Sejak Britain sehinggalah kepada kerajaan Malaysia sendiri telah membayar “cession money” kepada Sultan Sulu. Bagi kami Sultan Sulu sepatutnya bersyukur kerana masih lagi menikmati terus duit daripada kerajaan Malaysia walaupun sebenarnya mereka sudah tidak relevan lagi.
Andaikata
mahu Sultan Sulu sekalipun mengapa tidak menggunakan saluran yang betul?
Melalui PBB contohnya?
Dari Kami 1 :
Tiada masalah untuk menyokong Kesultanan Sulu. Tetapi ada bezanya di sini, kami
rakyat Malaysia umumnya & rakyat sabah amnya sama sekali tidak akan
menyokong usaha Sultan Sulu dan pengikutnya menuntut Sabah.
Dari Kami 2 :
Waris Sultan Sulu yang sepatutnya menjadi raja yang sah pun
“diam-diam” sahaja. Yang sudah tidak relevan lagi berlebih-lebih….Apa pendapat
anda pula dan informasi yang anda boleh kongsikan bersama kami di sini?
1 ulasan:
biadap sungguh manusia kejam nih kan,,,,hraap die mampos cepat,,,
Catat Ulasan