Berita Lahad Datu 8 Mac 2013 – Jamalul Kiram III sudah terdesak?
Dahulu
dengan gah’nya bersama pendirian dan kenyataan sanggup mati demi untuk
mendapatkan kembali tanahair(Sabah)yang pada hakikatnya bukan milik mereka dan
secara tiba-tiba individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu, Sultan Jamalul
Kiram III membuat tawaran gencatan senjata dan memberitahu para pengikutnya
supaya berhenti bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah
Semalam
jurucakap Jamalul Kiram turut menyatakan pihaknya mengisytiharkan ‘gencatan
senjata sebelah pihak’ sebagai reaksi terhadap desakan Setiausaha Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon supaya pertempuran
ditamatkan dan penyelesaian secara aman dilakukan.
Tetapi
tawaran itu tidak langsung mempengaruhi Malaysia,ekoran apa yang telah
pengganas Sulu itu lakukan dan turut mengakibatkan lapan pejuang negara
terkorban,
Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau turut tidak
mempercayai tawaran gencatan senjata tersebut.
Jangan
percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram.
Demi
kepentingn rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua
militan.
Gencatan
senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah
diri tanpa syarat
Sudah
cukup sudah Kiram!,setelah Sabah kau mencerobohi,kali ini minda kami pula
engkau hendak cerobohi - penulis
Pengganas
Sulu sudah lemah?
Saat
ini,saki-baki pengganas Sulu semakin terdesak malah diyakini berada dalam
keadaan lemah,difahamkan Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai
pencerobohan di Sabah antara 31 yang lain terbunuh semasa pertempuran di
Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dalam Ops Daulat yang dilancarkan oleh
pasukan keselamatan.
Tetapi
menurut laporan media,Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun
enggan mengesahkan status seorang Jeneral yang terbunuh ialah Azzumuddie yang
merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.
Sejak
semalam,jumlah musuh yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu
seramai 52 orang
Keselamatan
Sabah diperkuatkan dengan 7 batalion.
Datuk
Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kerajaan telah menjadikan lima buah
daerah di Pantai Timur Sabah sebagai ‘kawasan keselamatan khas‘ dalam
usaha untuk memperkukuhkan dan menjaga keselamatan rakyat.
Perdana
Menteri berkata, persetujuan untuk mewujudkan kawasan itu telah dipersetujui
Kabinet sebagai bukti kerajaan begitu mengambil berat mengenai keselamatan dan
kedaulatan Sabah yang telah diceroboh pengganas Sultan Sulu sejak 12 Februari
lalu.
Katanya,
kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kunak.
Situasi
semasa di Lahad Datu dan Semporna terkawal
Suasana
ketenteraman awam di sekitar pekan Lahad Datu dan Semporna semakin pulih
semalam dengan trafik mulai sibuk dan premis perniagaan beroperasi seperti
biasa.
Sekatan
polis dan rondaan pasukan keselamatan di kedua-dua kawasan ini bagaimanapun
masih diteruskan dan orang ramai sudah mula yakin dengan keadaan yang semakin
terkawal.
Di Lahad
Datu, walaupun premis perniagaan ditutup awal pada 7 petang, namun pengusaha
kedai makan terus membuka perniagaan mereka sehingga ke tengah malam.
Tiga
buah sekolah di daerah Lahad Datu yang ditutup sejak 1 Mac turut dibuka semua
semalam selepas polis mengesahkan keadaan di daerah ini selamat dan terkawal.
Lapan
sekolah lain bagaimanapun masih ditutup dan sekolah berkenaan ialah Sekolah
Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Lok Buani, SK Fajar Harapan, SK Tanjung Labian, SK
Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa
Kencana.
Bagaimanapun
penduduk di Kampung Tanduo, Tanjung Labian, Tanjung Batu, Tanagian dan Sungai
Bilis masih belum dibenarkan pulang dan masih ”berkampung” di Dewan Embara Budi
dan Dewan Fajar Harapan, Lahad Datu.
Sambil
mengharapkan pasukan keselamatan dapat menghapuskan saki-baki kumpulan itu
dalam masa terdekat, Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian Assaffal Alian,
48, berkata ada penduduk masih trauma dengan kejadian pencerobohan itu.
Namun
kawalan yang ketat 24 jam yang dilaksanakan polis, tentera serta JPAM (Jabatan
Pertahanan Awam) sedikit sebanyak meredakan ketakutan yang dialami mereka —
BERNAMA
Terkini 8 MAC 2013- Sultan Sulu Ulangi Tawaran Gencatan Senjata Kali Kedua.
Jam 8.59
Pagi : Dipetik portal ABS-CBNnews Filipina, jurucakap Sultan Sulu
mengemukakan tawaran kali kedua lewat semalam selepas ditolak oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi petang semalam. Kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa tidak
mungkin berlaku gencatan senjata melainkan Kiram dan pengikutnya menyerah diri.
Terkini 9.00
Pagi: 8 Mac 2013 Operasi “Op Daulat masih diteruskan
Operasi
diteruskan bagi menamatkan saki baki penceroboh di Kg Tanduo, Tanjung Labian
dan Tanjung Batu. Sementara di semporna, polis sedang mencari saki baki
penceroboh yang menyamar sebagai penduduk kampung.
Jam 10.00
Pagi: Kawalan diperketatkan di Jalan Raya
Jam
11.03 pagi: Penduduk mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat pada 1.30 pagi dan
beberapa bunyi dentuman lagi pada 7.30 Pagi tadi.
Jam 11.05
pagi: KPN pada pagi tadi memberikan suntikan semangat kepada para pejuang.
Jam
12.06 Tengah Hari: 71 Pengganas Ditahan Polis
Pasukan
keselamatan menahan 71 orang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu di
Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, dekat sini, serta kejadian polis
diserang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna. Ketua Polis Sabah,
Datuk Hamza Taib berkata, mereka ditahan sejak 12 Februari lalu hingga semalam.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada mereka benar-benar pengganas
Sulu atau pihak yang membantu penceroboh.
Jam 1.02
Petang: Sembahyang Jumaat di Masjid Felda Sahabat
Terkini pada
jam 2.38 Petang: Operasi Op Daulat
Diteruskan. Pada masa yang sama, khabar kemasukan penceroboh ke Kota Kinabalu
dan Tawau adalah palsu dan tidak benar. Perkara itu disahkan oleh KPN pada
sidang media tengah hari tadi.
Jam 3.43 Petang: Gambar keadaan penduduk tanjung labian di Sekolah Fajar Harapan, Sahabat 22.
Jam 4.07 Petang: Gambar Jeneral penceroboh yang
mati dibunuh bukan Azimuddie
Tan Sri
Ismail Omar berkata seorang jeneral penceroboh bersenjata Sulu yang dibunuh
pasukan keselamatan semalam, bukan Azimuddie Kiram- adik Sultan Sulu Jamalul
Kiram III, yang mengetuai kumpulan tersebut di Sabah.
Jam 3.43 Petang: Gambar keadaan penduduk tanjung labian di Sekolah Fajar Harapan, Sahabat 22.
Jam 7.00
Malam: (Rasmi) Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu
yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan
mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas). Beliau berkata
mereka, termasuk wanita, ditahan di beberapa tempat di Sabah tetapi di luar
kawasan Op Daulat.
Jam
10.03 Malam: Koleksi Gambar Pengganas Sulu yang ditembak Mati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan