Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Sambutan Hari Polis ke-206 Penuh Sayu


25 Mac 2013 ( ISNIN)

* Berat Mata memandang berat lg bahu yg memikul... sedih bile tgk situasi Sambutan Hari Polis penuh sayu apabila mengenang nasib wira2 yg terkorban, apetah lagi melihat kesedihan yg diratapi oleh balu,anak2,ibu bapa dan sedara mara Allahyarham wira2 kita.Saya Rasa Bangga Kalau bukan kerana wira2 kita, dah lame kita semua dalam keadaan huru hara... Semoga Roh2 Allahyarham Wira2 ditempatkan bersama Para Syuhada dan golongan orang yg beriman Aminn....

Muhammad Sazreen, anak kepada Sarjan Salam Togiran, yang terkorban ketika Op Daulat tidak dapat menahan sebak ketika menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 hari ini.

Balu Allahyarham ACP Ibrahim Lebar yang sebak ditenangkan oleh anggota polis pada majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 hari ini. 
Anggota Pasukan Polis Simpanan Persekutuan melafaz ikrar pada majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur hari ini
Najib Tun Razak (tengah) bergambar kenangan bersama anggota Komando VAT69 yang terlibat dalam Op Daulat pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur, hari ini.
Hari Polis ke-206 hari ini disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik.
  
Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.
  
Kesedihan jelas terpancar di wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal DSP Michael Padel yang memakai baju kemeja dan berseluar hitam tanda masih berkabung atas kematian bapanya.
  
Kelapan-lapan pegawai dan anggota yang gugur itu mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.
  
Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.
 
Sambutan Hari Polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bermula 8.30 pagi dengan perbarisan lintas hormat.
  
Perbarisan itu turut disertai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat. Mereka diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu.
  
Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
  
Sambutan Hari Polis, yang bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' itu antara lain mengetengahkan revolusi kepolisan negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.
  
Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan; pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis; dan menuju era kepolisan bertaraf antarabangsa.
  
Pada sambutan kali ini buat pertama kalinya, pasukan polis mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis.


Tiada ulasan: