TERKINI 10 MAC 2013- OPERASI OP DAULAT MASIH DITERUSKAN
Jam 10
Mac 2013 (Ahad) Op Daulat- 10 Mac 2013
Jam 10.01
Pagi: Operasi mencari saki baki penceroboh masih dijalankan seperti biasa. Kali
ini, Operasi gempur diperhebatkan dan militan di beberapa zon Merah kini
terperangkap. Pasukan keselamatan meningkatkan kekuatan dengan penambahan
anggota ke ground zero bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada
penceroboh militan Sulu.
Jam 10.04
Pagi: Penduduk di Lahad Datu, Sabah hari ini terus diingatkan agar tidak
memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang telah dilabelkan zon
merah oleh pihak berkuasa. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata
penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan
negara masih bertungkus lumus menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan
kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu
Jam 10.25
Pagi: Pengikut Kiram III tidak akan menyerah diri meskipun bilangan mereka
tinggal sedikit. Memetik dari kenyataan anak perempuan Kiram, Jacel Kiram
memberitahu hari ini yang bapa saudaranya, Agbimuddin Kiram dan para
pengikutnya tidak akan meninggalkan Sabah walaupun serangan bertali arus datang
dari pasukan keselamatan Malaysia.
Jam 10.45Pagi:
Pertempuran berlaku di Tanjung Batu antara Pengganas dan juga Anggota
keselamatan.
Jam 11.10
Pagi: Pada malam semalam, terdapat 2 orang anggota PGA cedera akibat bertempur
kira-kira 8 malam semalam.
Gambar-
Tentera membuat operasi mencari saki baki pengganas Sulu
Jam
12.00 Tengah hari: Gambar rampasan senjata pengganas yang ditemui dan bot pancung
turut dimusnahkan pihak tentera.
Jam 1.20
Petang: Sementara itu di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 33 orang lagi ditahan
polis dipercayai ada kaitan dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di
Lahad Datu. Kesemua mereka berusia 18 tahun ke atas dan empat daripadanya
adalah wanita.
Jam 1.30
Petang: Setakat ini, hanya 2 anggota PGA tercedera ketika operasi di Tanjung
Batu dan Tanjung Labian malam semalam dan perkara ini telah disahkan Ketua
Polis Negara.
Jam 3.51
Petang: Penduduk di Tanjung Labian bertindak melarikan diri secara
beramai-ramai ke kawasan yang lebih selamat setelah mendengar beberapa das
tembakan di kampung tersebut hari ini.
Jam 5.25
Petang: Sekumpulan wartawan dan jurugambar menceritakan pengalaman mendebarkan
apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di
Kampung Tanjung Labian, Felda Sahabat pada pukul 10 pagi tadi. Namun semuanya
terselamat setelah beredar dari tempat kejadian dengan cepat.
Jam 6.30
Petang: Laporan Sidang Media KPN 10 MAC 2013 5.30 PM
Operasi
di kawasan Kampung Tanduo dan juga Kampung Tanjung Batu telah diteruskan sejak
petang semalam di mana pada jam 8 malam tadi telah berlaku kejadian berbalas
tembak secara “sporadic” sehingga awal pagi. Sewaktu kejadian berbalas tembakan
yang bermula pada jam 3 pagi, dua anggota pasukan gerakan am, kedua-duanya
berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang
lagi di sebelah kaki kirinya.
Pada jam
9:45 pagi tadi, sewaktu pasukan keselamatan sedang bergerak menjejaki pengganas
di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, tiba-tiba muncul satu kumpulan
manusia dari kawasan belukar. Kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3
wanita dewasa. Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan. Ketika proses
“frisking” dilakukan, tiba-tiba kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan
belukar yang berhampiran. Secara spontan, pasukan keselamatan telah melepaskan
tembakan ke arah belukar tersebut. Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan
di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan
tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki
dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan