Berita terkini laporan
kematian di Semporna Sabah. Dilaporkan seorang lagi anggota
keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan
penceroboh di kampung Selamat, Semporna.
Menurut
sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan
seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat
(D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan
penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu. Ketua Polis Negara, Tan
Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan
mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal
pasti.
3.00 Pagi (3 MAC 2013)- SAH TENTERA SULU DI SEMPORNA
Ancaman
tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila
kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung
Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.
Keadaan
terkini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis
terbunuh dan dua cedera parah. Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas
yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata
tersebut selepas berlaku pertempuran.
Terkini KG TANDUO LAHAD DATU 3 MAC 2013
Foto:
Sultan Sulu Jamalul Kiram III (duduk) dengan pengikut-pengikutnya di kampung
Maharlika, bandar Taguig, Manila selatan
No
Surrender,We Stay melaporkan tentang pendirian Sultan Jamalul Kiram III
yang masih utuh dengan hak pemilikan ke atas Sabah. Jelas Sultan Sulu itu lagi
ketika sidang media di rumahnya bandar Taguig selatan Manila,tetap tidak mahu
menyerah dan mendakwa Sabah tetap milik mereka.
Terkini
Semporna Kematian Disahkan Meningkat : 5 Anggota Polis Disahkan Terbunuh
di Semporna akibat kejadian berbalas tembakan semalam. Seorang pegawai dan
empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh
sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna.
Terkini
11.05 MALAM:
Terkini
laporan KPN- Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap
sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah
semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden
tersebut kepada enam orang. 6 orang penceroboh turut terbunuh insiden semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan