TERKINI 12 MAC 2013- OP DAULAT Di Tanjung Batu dan Sungai Bilis
Update
12 Mac 2013 ( Selasa)
Jam 8.50
am: Keadaan di Bandar Lahad Datu dan semporna kini agak tenang dan
aktiviti harian berjalan seperti biasa. Penduduk kini lebih yakin dengan
keselamatan dengan kawalan ketat pihak berkuasa. Semua sekolah dibuka seperti
biasa.
Jam 9.19
am: Seorang penduduk Tanduo turut menceritakan bahawa pihak penceroboh kini
sedang mencari individu pertama yang membuat laporan kepada polis mengenai
kehadiran pihak penceroboh di Kampung Tanduo.
Jam 9.25
am: Op Daulat tetap diteruskan di beberapa kawasan terutamanya Sungai Bilis dan
Tanjung Batu. Pihak polis percaya bahawa pihak mereka akan tamatkan isu
pencerobohan ini secepat yang mungkin.
Jam
11.29 am: Polis sahkan mayat berpangkat Jeneral Sulu
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebentar tadi mengesahkan mayat Jeneral Sulu
yang dibedah siasat di Hospital Lahad Datu, semalam adalah Haji Musa.
Jam
11.35 am: Datuk Hamzah turut memberi kenyataan tiada pertempuran terbaru antara
pasukan keselamatan dan pengganas di Kampung Tanjung Batu berdekatan Kampung
Tanduo dalam tempoh 24 jam yang lalu.- Sidang Media
Gempar!!!!
Jam 5.35
Petang: Seorang Anggota Keselamatan Malaysia Terkorban !!
Panglima
Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan
seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam
pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45
pagi tadi. Turut disahkan seorang anggota keselamatan turut tercedera.
Foto- Bukan
gambar anggota tentera yang terbunuh pagi tadi. Tapi gambar Koperal Khairul
Anuar yang cedera ditembak dan keadaannya dilaporkan stabil dalam pertempuran
yang sama di Kampung Tanjung Batu pagi tadi.
Jam 5.43
Petang: Identiti seorang anggota tentera yang terkorban pagi tadi di Kampung
Tanjung Batu masih belum diumumkan kepada orang awam. Identiti tentera yang
terkorban tersebut akan diumumkan kelak setelah mendapat pengesahan dari pihak
berkuasa. Apapun, takziah kepada keluarga mangsa.
Jam 7.04
Malam: Ahmad Hurairah Ismail Sah Tentera Terkorban Tanjung Batu 12
Mac 2013. Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera yang terkorban
di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi tadi akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu
Lalang, Pasir Mas, Kelantan -Jenazah akan diterbangkan dari Lapangan terbang
Tawau 4 pagi Esok dan Dijangka di Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Jam 8
Pagi- Ahmad Zahid Hamidi.
Gambar
Allahyarham Ahmad Hurairah
Al-Fatihah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan