UPDATE
TERKINI 9 MAC 2013 Op Daulat (9 MAC 2013)
Jam 9.55
Pagi: Tiada tanda pengganas atau penceroboh Sulu menyerah diri dibeberapa Zon
Merah setelah serangan Jet Pejuang semalam.
Jam
10.00 Pagi: Statistik terkini Op Daulat sehingga Op Daulat hari Keempat semalam
(8 Mac 2013). Serangan Jet Pejuang turut berlaku pada pukul 2.30 pagi di Sungai
Merah dan Sungai Nyamuk pada awal pagi semalam (8 Mac 2013). Jumlah kematian
akibat serangan jet pejuang masih belum dapat disahkan.
Jam
11.01 Pagi: Keadaan di Felda Sahabat, Lahad Datu adalah terkawal dan penduduk
menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Dimaklumkan juga bahawa Semua Sekolah
Di Semporna, Tawau Dibuka semula Pada isnin. Perkara ini disahkan oleh kata
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Jame Alip.
Jam
11.35 Pagi: Rutin Harian Di felda. Ramai diantara mereka di felda yang kerja
sebagai pengutip biji kelapa sawit yang boleh menghasilkan sumber pendapatan
penduduk disini.
Jam
12.00 Tengah Hari: Kawalan Ketat di kawasan perairan Felda Sahabat
Jam 1.52
Petang: Operasi Dulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung
Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi dijalankan, seorang
penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku
kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan
peceroboh tersebut.
Jam 3.00
Petang: Anggota Kelab Putera 1Malaysia agih bantuan makanan
Jam 3.01
Petang: Gambar suasana di penduduk Tanjung Labian di Dewan Embara Budi
Jam 3.27
Petang: Operasi menjejaki musuh masih diteruskan di beberapa kawasan Zon Merah
Kg Tanduo, Tanjung Labian, Tanjung Batu
Jam 3.56
Petang: Pasukan keselamatan yakin
anggota militan bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan
kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung
Batu, kira-kira 130 kilometer dari sini. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri
Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan
sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh
bersenjata itu memboloskan diri.
Jam 5.31
Petang: Statistik terkini Op Daulat
* Kematian
Penceroboh Setakat ini- 53 orang
* Suspek
penceroboh yang kini ditahan – 79 orang
Jam 6.00
Petang: Sidang Media KPN 5.30 PM
Operasi
masih dijalankan seperti biasa yang mana pasukan keselamatan dapat memasuki ke
lokasi-lokasi baru yang dipercayai musuh sedang bersembunyi di lokasi tersebut.
Setakat petang ini tiada apa-apa tembakan dan sebagainya dilepaskan.
Beberapa
orang telah ditahan berhampiran kawasan persisiran pantai Kampung Tanjung Batu
pagi tadi kerana mereka telah memasuki kawasan zon larangan. Kesemua mereka
telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan
selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan