5 MAC
2013 ( SERANGAN TENTERA BERMULA DI TANDUO !!!!!!!! )
Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi
ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi..
Sejak
pukul 7 pagi pasukan tentera mula menggempur kedudukan musuh di sekitar Kampung
Tanduo, Lahad Datu. Letupan kuat mula kedengaran di sana sini.
Ia
disusuli dengan kehadiran jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Ibu
segala peperangan sudah bermula!
Update
9.35 Pagi : Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman
mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap
kenderaan.
Jam 10.01 pagi: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani,
jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai
pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan
sekurang-kurangnya dua butir bom. Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai
kedudukan pendud uk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.
Jam 10.22 Pagi : Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan habis-habisan ke
atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo menerusi udara dan darat, kata
sumber tentera. Katanya, ia dimulakan dengan serangan udara menggunakan pesawat
F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping.
Jam
10.35: Sumber keselamatan memberitahu, laporan sehingga kini mengesahkan tiada
sebarang kecederaan di kalangan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan
serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu.
Jam 10.46
Pagi: Serangan udara dihentikan sebentar tadi dan kini disusuli operasi darat
pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh besenjata di Kampung
Tanduo. Sementara itu, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas
kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh Ketua Polis
Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat, jam 11 pagi ini.
Jam 11.24
Pagi: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan
dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat
tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.
Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan
terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut. Ketika sidang akhbar itu
diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak
keselamatan di pihak PDRM dan tentera.
Jam
11.43: Anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Embara Budi bagi
menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini.
Jam 12.00 Tgh Hari- Kawalan turut dibuat di
Cenderawasih
Jam 12.21
Petang: Penceroboh Masih Melepaskan Tembakan
Ketua
polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan
tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan
keselamatan negara. Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi ‘mopping up’.
Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih
belum diketahui. Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi
mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.
Jam
12.33 Petang: Operasi pembersihan sedang giat dilakukan. Orang luar dan media
tidak dibenarkan menghampiri kawasan pertempuran.
Jam 1.48
Petang: Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Azzimudie, yang mengetuai
kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu
Abraham Idjirani bahawa mereka sedang “beristirahat”.
Jam 2.16
Petang: Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan
jalan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang
bukan penceroboh bersenjata. Sementara itu keadaan Semporna, polis sedang
membuat kawalan untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Jam 3.00
Petang: Dimaklumkan operasi kini berjalan seperti dirancang. Operasi
memberkas penceroboh dan pemeriksaan dari rumah ke rumah sedang dilakukan.
Jam 4.42 Petang: Ketua Polis negara mengesahkan
sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh,
Raja Muda Azzumudie.
Jam 5.50
Petang: Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di
Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas
empat kilometer persegi itu.
Jam 9.46 Malam: Sehingga pukul 7 petang tadi,
polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak
anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan