# Kumpulan pemberontak Sulu masih tidak mahu berundur, mereka hanya mengukuhkan kubu mereka di Kampung Tanduo. Keadaan di Lahad Datu terutamanya di Felda masih merunsingkan penduduk.
Update
8.18 Malam
Ops
Gempur Sulu akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja lagi. Amaran kali kedua
sudah dikeluarkan kepada penceroboh dan akan berlaku perang yang seterusnya
jika penceroboh masih berdegil. Polis menggugurkan risalah amaran kepada
kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira
130 kilometer dari sini.
Risalah
amaran kali kedua itu yang lebih ringkas dan keras serta ditulis dalam bahasa
Inggeris dan Suluk, digugurkan menerusi helikopter hari ini.
“Pada
risalah itu ditulis dalam bahasa Inggeris, ‘Warning. Lay down your arms.
Surrender. Surrender. Surrender.’ (Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah
diri. Serah diri),”
Update
10.00 Malam: Tembak Menembak Di Semporna
Kini
penduduk semporna terutamanya di KG Sri jaya berada dalam keadaan panik kerana
berlaku tembak menembak antara Polis dan kumpulan yang tidak dipastikan samaada
tentera sulu atau pengedar Dadah. Berita penuh akan menyusul sebentar lagi.
Update
Terkni 10.53 Malam: Berita Rasmi Tembakan Semporna
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi mengesahkan dua anggota polis
cedera ditembak penyerang hendap berhampiran Kampung Simunul, Semporna. Beliau,
bagaimanapun, menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden pencerobohan di
Lahad Datu. Setakat ini, katanya, polis masih memburu kumpulan penjenayah
terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan