Keadaan Terkini Kampung Tanduo
Jam 1.19
Pagi: Berdasarkan sumber risikan, penceroboh yang diserang pada 5 Mac 2013
dilaporkan tiada yang terkorban. Mereka kini masih berada di dalam kampung
Tanduo dalam keadaan yang selamat. Punca adalah operasi “mopping up” yang
digunakan pihak polis agak lambat untuk menjejaki musuh kerana kawasan yang
luas dan faktor geografi. Tempat berkenaan lebih memudahkan pergerakan musuh.
Yang
paling dikhuatiri adalah penceroboh ini terlepas dari kawasan kepungan.
Jam 9.45
Pagi: Peta Lokasi Terkini Penceroboh.(dalam bulatan Merah)
Jam
10.30 Pagi: Ops Daulat diteruskan pagi ini 6 MAC 2013 (RABU)
Operasi
memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung
Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan hari ini.
Tinjauan
mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal. Di kawasan Felda
Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat
dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer
persegi dari Kampung Tanduo. Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit
berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.
Di
bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih
terkawal dan tenang. Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke
Felda Sahabat juga diperketatkan.
Jam 12.47
Petang: Seorang musuh dipercayai terbunuh pagi ini. Seorang penceroboh
bersenjata mati ditembak ketika cuba menyerang hendap pasukan keselamatan pada
hari kedua ‘Op Daulat’ di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pagi ini.- Sumber
Sidang Media KPN
Jam 1.19
Petang: Polis membuat kawalan di Tanjung Labian untuk mengelakkan penceroboh
menyusup masuk.
Pada Jam
3.48 Petang: Operasi kini telah diperluaskan ke Kampung Tanjung Batu. Anggota
keselamatan mula menggeledah rumah bagi memburu pengganas.
Jam 4.10
Petang: Kawasan Felda turut dikawal dengan ketat oleh tentera.
Jam 4.37
Petang: Bukti Penemuan Mayat Penceroboh
Sidang
media dijalankan pada petang tadi. Menteri pertahanan Dato’ Seri Zahid Hamidi
menunjukkan gambar bukti mayat ditemui dalam Operasi “Mopping” petang tadi.
Untuk jumlah keseluruhan dianggarkan 13 mayat pengganas Sulu ditemui.
Jam 5.30:
Bukti Mayat- setakat ini 13 penceroboh sulu sudah disahkan terkorban
dari Op Sulu (1 Mac 2013 lalu) hingga Op Daulat (6 Mac 2013)
Jam 5.54 Petang: Gambar Mayat Penceroboh Sulu
Yang Mati Pada 1 Mac 2013 Lalu (Dilaporkan 12 Terbunuh pada 1 Mac lalu
Tapi Hanya 9 mayat ditemui, 3 mayat lagi masih belum dijejaki)
Neraka Jahanam Tempat Korang!!!! |
Satu
penceroboh yang ditembak mati pagi tadi 6 Mac 2013
|
Jam 9.47
Malam: Penjelasan Sebenar Penemuan Mayat Petang Tadi 6 Mac 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan