Hye.... Korang sume....Ape Khabar?? hehehe Harap korang sume sihat walafiat... hari ni cena nak share dgn korang tentang isu yg agak mengecewakan iaitu kesengsaraan bile ketiadaan air... Dengan ini cena dapat info serta maklumat yg diberikan oleh pihak SYABAS sendiri, berikutan isu yg menjadi rintihan dan rentetan dari Penduduk ( Penghuni Rumah ) yang megalami gangguan bekalan air yang sangat lama hampir seminggu dan ada yg bru 2 hari ...
Oleh itu saya sertakan artikel ini untuk rujukan dan pengetahuan serta pengumuman buat Penduduk Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Gombak yg mengalami gangguan bekalan Air ini...
STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan status terkini Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning yang telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11 April 2013 berikutan kejadian paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000 mm telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak.
Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang telah dimulakan di tapak sejak pagi semalam (11 April 2013) mengalami kesukaran berikutan lokasi paip pecah yang terletak di tebing sungai serta keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan lebat petang semalam telah menyebabkan paras sungai meningkat dan mengakibatkan pihak kontraktor SYABAS terpaksa beberapa kali mengangguhkan kerja-kerja pembaikan. Kerja-kerja pembaikkan telah disambung semula pada pukul 2.30 pagi ini setelah hujan berhenti dan ianya dijangka siap lewat petang atau malam ini. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada keadaan cuaca pada hari ini. Tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih selepas itu secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5 hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikkan paip pecah siap sepenuhnya.
Pada masa ini, pihak SYABAS telah menggerakkan empat puluh dua (42) buah lori tangki untuk membantu membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat. Manakala sejumlah 525 tangki air statik juga telah ditempatkan di lokasi-lokasi yang strategik di sekitar kawasan yang terlibat. Bagi kemudahan pengguna pihak SYABAS juga telah mendirikan Pusat Khidmat Setempat (PKS) di 4 lokasi strategik iaitu di Rukun Tetangga, Seksyen 2 Desa Setapak; Pasaraya Hero, Taman Dagang, Ampang; Giant Setiawangsa dan tempat letak kereta bersebelahan Spectrum Plaza di Jalan Wawasan 4/7, Bandar Baru Ampang bagi membolehkan pengguna mendapatkan informasi-informasi dan penjelasan yang berkaitan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini serta apa-apa bantuan yang diperlukan. Jumlah Pusat Khidmat Setempat ini akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.
Pada masa ini, pihak SYABAS akan terus melakukan pemantauan berterusan dari masa ke semasa dan akan memaklumkan terus kepada para pengguna berhubung perkembangan terkini status gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku ini. Sehingga laporan ini dikeluarkan, pihak SYABAS telah menggerakkan seramai 300 tenaga kerja khusus bagi tujuan ini. Pengguna juga disarankan agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pemandu-pemandu lori agar lori tangki dapat sampai ke destinasi yang diperlukan tanpa sebarang gangguan.
Sejak Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) kod kuning diaktifkan semalam, Pusat Khidmat Pelanggan SYABAS (PUSPEL) telah menerima lebih 3,200 panggilan melibatkan 414 aduan berkaitan ketiadaan air, 283 tekanan air rendah, 599 permintaan untuk bantuan melalui lori tangki di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak.
Setakat makluman ini dikeluarkan, gangguan bekalan air tersebut masih melibatkan kira-ira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang 500, 000 orang pengguna seperti berikut:
Wilayah Kuala Lumpur
1
|
Flat DBKL Dato’ Keramat
|
15
|
Taman Cempaka
|
2
|
Jalan Padang Tembak
|
16
|
Taman Bakti
|
3
|
Jalan Semarak
|
17
|
Taman Nirwana
|
4
|
Jalan Gurney
|
18
|
Kampung Pandan Dalam
|
5
|
Kementah
|
19
|
Taman Cahaya
|
6
|
Pulapol
|
20
|
Pandan Cahaya
|
7
|
Wisma Tanah
|
21
|
Taman Dagang
|
8
|
JUPEM
|
22
|
Taman Shamelin
|
9
|
UTM
|
23
|
Taman Tenaga
|
10
|
FELDA
|
24
|
Taman Miharja
|
11
|
Pusat Latihan Telekom
|
25
|
Taman Kobena
|
12
|
Jalan U Thant
|
26
|
Bandar Permaisuri
|
13
|
Jalan Ampang Hilir
|
27
|
Desa Pandan
|
14
|
Taman Pandan Jaya
|
28
|
Flat Sri Melaka
|
Jumlah Akaun : 28,368
|
Wilayah Gombak
1
|
Kampung Baru Ampang
|
29
|
Kampung Kemensah
|
2
|
Kampung Melayu Ampang
|
30
|
Kampung Lembah Jaya
|
3
|
Taman Hillview
|
31
|
Kampung Pinggir Tiga Jaya
|
4
|
Bukit Jobina
|
32
|
Kampung Tengah Lembah Jaya
|
5
|
Taman Dato Ahmad Razali
|
33
|
Lembah Jaya Utara
|
6
|
Taman Bukit Indah
|
34
|
Lembah Jaya Selatan
|
7
|
Taman TAR
|
35
|
Sri Rampai
|
8
|
Kampung Tasek Permai
|
36
|
Taman Ampang
|
9
|
Ukay Heights
|
37
|
Taman Dagang Permai
|
10
|
Ampang Jaya
|
38
|
Taman Pandan Ria
|
11
|
Dataran Ukay
|
39
|
Taman Permai Jaya
|
12
|
Pinggiran Ukay
|
40
|
Taman Permata
|
13
|
Sri Ukay
|
41
|
Taman Saujana Ampang
|
14
|
Beverly Heights
|
42
|
Tasek Tambahan
|
15
|
Ampang Indah
|
43
|
Taman Ampang Mewah
|
16
|
Ampang Jaya
|
44
|
Taman Ampang Utama
|
17
|
Ampang Saujana
|
45
|
Taman Bukit Ampang
|
18
|
Ampang Water Front
|
46
|
Taman Cahaya Ampang
|
19
|
Bandar Baru Ampang
|
47
|
Taman Dagang Jaya
|
20
|
Bukit Ampang Permai
|
48
|
Taman Halaman
|
21
|
Bukit Indah
|
49
|
Taman Kesuma Ampang
|
22
|
Desa Lembah Permai
|
50
|
Taman Kosas
|
23
|
Desa Setapak
|
51
|
Taman Mulia Jaya
|
24
|
Jalan Ampang
|
52
|
Taman Rasmi Jaya
|
25
|
Kampung Bukit Sungai Puteh
|
53
|
Taman Sri Ampang
|
26
|
Keramat AU 1 hingga AU 5
|
54
|
Taman Watan
|
27
|
Kampung Ampang Campuran
|
55
|
Wangsa Melawati
|
28
|
Kampung Indah Mulia
|
|
|
Jumlah Akaun : 61,392
|
Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan dari pembaziran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini berlaku. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. SYABAS juga menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’