Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Lagu Teman Pengganti CILOK Lagu Noorkumalasari

'Teman Pengganti' Nyanyian Black Cilok Lagu Noorkumalasari

Hye Korang....cena ari ni nak share tentang lagu FAVOURITE cena ni...hihhihiihi... dikatakan lagu black "tman Pengganti" di cedok dari lagu "hati Seorang Kekasih" nyanyian Artis Noorkumalasari yg pernah popular pada Era 80'an... Bg cena la kan....lagu black ni mmg same range muzik die...tp hanya sebahagian je yg same..,..tp ade jugak la pihak yg tidak puas hati dgn lagu black ni lalu cuba mmbuat onar kononya boleh mnjatuhkan reputasi lagu "Teman Pengganti " mmg silap la wei sape punya angkara tu...Aku ttp suke lagu "teman Pengganti" sampai bile2....hahahahaha... 

  • Kat Bawah ni antara isu yg dikatakan Lagu Teman Pengganti Cilok Lagu Hati Seorang Kekasih...

Pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti nyanyian Black bersama Mallique yang popular ketika ini adalah ilham yang diciplak daripada melodi lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an.

Perkara itu menjadi buah mulut segelintir pihak kononnya populariti lagu tersebut adalah disebabkan kehebatan melodi nyanyian Noorkumalasari yang merupakan bintang popular suatu ketika dahulu.
Malah ada yang berkata tindakan Mallique selaku komposer lagu Teman Pengganti dikatakan tidak profesional apabila dia tidak meminta kebenaran daripada pemegang hak cipta asal lagu tersebut iaitu Warner Music (M) Sdn Bhd.

Bagaimanapun Pengurus A&R Warner Music (M), Mokhtaza Ahmad yang dihubungi bagi mengulas perkara tersebut berkata, komposer berkenaan tidak melakukan kesalahan kerana lagu yang dikatakan ‘dicilok’ itu mematuhi melebihi kiraan tertentu iaitu tidak melebihi lapan bar.

"Jika sesebuah lagu yang sama melodinya dengan lagu asal diambil melebihi lapan bar, barulah ia menjadi kesalahan dan pemegang hak cipta sesebuah lagu boleh ambil tindakan mahkamah.



"Dalam hal ini, kod pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti yang diambil berdasarkan melodi Hati Seorang Kekasih bukanlah satu kesalahan.

"Lebih-lebih lagi apabila penggunaan kod muzik yang sama, ia tidak perlu menjadi satu 'perbalahan'. Melainkan keseluruhan melodi dalam sesebuah lagu baru itu sama," katanya yang dihubungi mStar Online.
Beliau diminta mengulas rungutan beberapa pihak yang mengatakan lagu terbaru nyanyian Black itu mempunyai persamaan dengan lagu Norkomulasari yang popular pada era 80-an.

Tambah Mokhtaza, persamaan irama kod muzik pada kebanyakan lagu adalah satu perkara normal memandangkan nota muzik hanya ada 12 jenis sahaja.

"Di mana-mana sekalipun, kod muzik tidak banyak yang boleh diubah. Paling tidak, ia akan digunakan semula sedikit dengan kod lain.

"Dan perlu diingat, sudah beratus tahun muzik ada dalam masyarakat, banyak lagu telah didedahkan.
"Sekiranya terdapat sedikit unsur sama muziknya, itu normal. Rasanya ia bukanlah satu 'trend' untuk tiru lagu-lagu yang sedia ada kerana kebanyakan mainan muzik itu satu pengulangan," tegasnya.

Dalam pada itu, Mokhtaza berharap, selepas ini, pihak yang menilai mengenai hal peniruan lagu lebih memahami tentang konteks dan undang-undang muzik.

  • "Bagi pihak-pihak tertentu yang mahu mengambil tindakan tentang isu ciplak , kaji dahulu lagu tersebut kerana setakat ini negara kita adil dalam hal undang-undang muzik,"

hah!! see betol x cena ckp,...orang yg xde keje ni mmg sebok n sengaja buat onar sebb nk jatuhkan lgu yg popular skng ni yg tgh meletop n naik....ape yg penting lagu ni mmg MELETOP....n TERBOOEKKK.... 
sape yg setuju boleh like n share... kalau xstuju boleh teruskan perjalanan korang....hahahaahaha see yaa.... gud bye....tata u ollsss..... muuaakkzzzzzzz

Kalau korang rase nak dgr lagu ni korang la kat SINI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kepada sesiapa yg xmint lgu ni...tlg jgn ade perasaan hasad dengki ea...Tuhan marah taw.... :)

Unknown berkata...

Yeahhh sy setuju sgt2....lebiu la...

Tanpa Nama berkata...

Bermakna lgu ni