Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

K.Lumpur - Mati Selepas Berhibur


Mati Selepas Berhibur

KUALA LUMPURSeorang pengunjung sebuah pusat hiburan di Kompleks Wilayah, Jalan Munshi Abdullah, di sini ditemui maut akibat parah di kepala selepas terjatuh dari tempat letak kereta di tingkat tiga bangunan berkenaan, awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 38 tahun dan berasal dari Setapak, di sini, datang ke pusat hiburan berkenaan bersama tiga rakannya untuk berhibur. 

Pada awalnya, mangsa dipercayai terjatuh akibat mabuk, namun siasatan polis mendapati sebelum kejadian berlaku mangsa dilihat bergaduh dengan beberapa orang pengawal atau ‘bounzer’ ekoran membuat kecoh di dalam pusat hiburan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa berkunjung ke pusat hiburan itu jam 1 pagi bersama rakannya dan semasa mereka berhibur, mangsa yang dipercayai mabuk bertindak agresif memaki hamun serta mencekak baju pelayan.

“Melihat kekecohan itu, beberapa bouncer bertindak meleraikannya dan mangsa dibawa keluar ke tempat letak kereta di tingkat tiga.

"Semasa di tempat letak kereta itu, dipercayai berlaku pergaduhan antara bouncer dengan mangsa dan tidak berapa lama kemudian mangsa ditemui maut dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai terjatuh," katanya di sini semalam.
Menurutnyam setakat ini, tiga suspek lelaki yang juga bouncer pusat hiburan berkenaan sudah ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Polis masih menyiasat bagi mengenal pasti sama ada mangsa terjatuh akibat ditolak atau terjun ketika cuba melarikan diri selepas pergaduhan.



- Muhammad Apendy Issahak / Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Matiselepasbuatkecoh/Article/index_html

2 ulasan:

Liznadira berkata...

Siapa kah gerangan yg ditangkap?¿:

Unknown berkata...

siapakah..???? saya ke??