Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Perkara Penting Yg Anda Perlu Tahu dalam Percintaan/Perkahwinan

Hye guys…!! Harini cena nak share dgn u olls terutama skali housemate cena (Liz Nadira dan Pasangan nya Abu Amzan ) sebb dorang yg request cena untuk kate2 hikmah buat lelaki dan wanita…. So cena combine kan skali untuk lelaki dan wanita yg tgh hangat bercinta….heehehehee



Antara Perkara Penting Yg Anda Perlu Tahu dalam Percintaan/Perkahwinan 

  1. Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  2. Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. 
  3. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. 
  5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
  6. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya. 
  7. Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya. 
  8. Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja. RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll) HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
  9. Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.
  10. Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia) 
  11. Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok. Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
  12. Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali. 
  13. Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
  14. Hukum bercouple/berpasang-pasangan sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi tetapi meniru gaya barat. 
  15. Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
  16. Dop payoh/sukar nikoh ni, bende yang mudoh.
  17. Perempuan yg cantik akan membuka "mata lelaki" Tapi perempuan yg baik akan membuka "hati lelaki".
  18. Bercouple dengan Bercinta adalah berbeza.
  19. ‎"Assalamualaikum. Hai cik adik leh kenal? Tak jawab dosa tau!"Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah.
  20. Semua lelaki adalah sama kacak, namun yang paling kacak di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya.
  21. Sunat buang air kecil dalam keadaan duduk. Oleh itu siapa yang kencing berdiri, perbuatannya makruh tapi tak berdosa.
  22. Carilah harta sebanyak mana pun tapi jangan jual agama. Sampai masa solat kita solat, jangan kejar dunia semata-mata.
  23. Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarik kita ke neraka.

Harap2 dapat mmberi inspirasi buat pasangan ni dan buat pembaca2 blog ni..…u olls yg bce artikel ni, sy wkil sahabat kepada pasangan ni mintk jasa baik korang untuk same2 kite doakan semoga pasangan ni terus mendapat keberkatan hidup dan kebahagiaan sehingga akhir hayat…Semoga  jodoh mereka kekal hingga akhir nafas… Aminnnnnnn

P/s : walaupon agak lewat perkahwinan dorang, inilah die name die JODOH. Kalau dah jodoh xkan kemana...hehehehe gambar hiasan jew,...


Sumber dari : ucapan atau petikan dari Ustaz Azhar Idrus..







Tiada ulasan: