Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Berita Lahad Datu 2 April 2013 Op Daulat

  • Terkini Lahad Datu 2 April 2013 Op Daulat

Terkini Lahad Datu Pada 2 April 2013. Pihak berkuasa mengumumkan bahawa sembilan kampung tempat persembunyian pengganas kini bersih.  Proses pemindahan penduduk yang mendiami pusat penempatan sementara ke kampung berkenaan giat dijalankan, kecuali Kampung Tanduo yang ditutup.


Tiga daripada empat dewan serba guna di Felda Sahabat yang dijadikan pusat penempatan sementara iaitu Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura juga telah ditutup kecuali Embara Budi disebabkan ada rumah penduduk yang mendiami pusat itu rosak sepenuhnya.

Walaupun pusat pemindahan sementara di kawasan Felda akan ditutup sepenuhnya, Operasi Daulat tetap diteruskan kerana fokus utama operasi ialah memastikan seluruh kawasan Lahad Datu, Semporna dan Sandakan benar-benar selamat.