Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Isu Gangguan Bekalan Air Di Selangor


Hye.... Korang sume....Ape Khabar?? hehehe Harap korang sume sihat walafiat... hari ni cena nak share dgn korang tentang isu yg agak mengecewakan iaitu kesengsaraan bile ketiadaan air... Dengan ini cena dapat info serta maklumat yg diberikan oleh pihak SYABAS sendiri, berikutan isu yg menjadi rintihan dan rentetan dari Penduduk ( Penghuni Rumah ) yang megalami gangguan bekalan air yang sangat lama hampir seminggu dan ada yg bru 2 hari ...

Oleh itu saya sertakan artikel ini untuk rujukan dan pengetahuan serta pengumuman buat Penduduk Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Gombak yg mengalami gangguan bekalan Air ini...





STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK


Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan status terkini Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning yang telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11 April 2013 berikutan kejadian paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000 mm telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak. 

Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang telah dimulakan di tapak sejak pagi semalam (11 April 2013) mengalami kesukaran berikutan lokasi paip pecah yang terletak di tebing sungai serta keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan lebat petang semalam telah menyebabkan paras sungai meningkat dan mengakibatkan pihak kontraktor SYABAS terpaksa beberapa kali mengangguhkan kerja-kerja pembaikan. Kerja-kerja pembaikkan telah disambung semula pada pukul 2.30 pagi ini setelah hujan berhenti dan ianya dijangka siap lewat petang atau malam ini. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada keadaan cuaca pada hari ini. Tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih selepas itu secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5 hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikkan paip pecah siap sepenuhnya.

Pada masa ini, pihak SYABAS telah menggerakkan empat puluh dua (42) buah lori tangki untuk membantu membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat. Manakala sejumlah 525 tangki air statik juga telah ditempatkan di lokasi-lokasi yang strategik di sekitar kawasan yang terlibat. Bagi kemudahan pengguna pihak SYABAS juga telah mendirikan Pusat Khidmat Setempat (PKS) di 4 lokasi strategik iaitu di Rukun Tetangga, Seksyen 2 Desa Setapak; Pasaraya Hero, Taman Dagang, Ampang; Giant Setiawangsa dan tempat letak kereta bersebelahan Spectrum Plaza di Jalan Wawasan 4/7, Bandar Baru Ampang bagi membolehkan pengguna mendapatkan informasi-informasi dan penjelasan yang berkaitan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini serta apa-apa bantuan yang diperlukan. Jumlah Pusat Khidmat Setempat ini akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Pada masa ini, pihak SYABAS akan terus melakukan pemantauan berterusan dari masa ke semasa dan akan memaklumkan terus kepada para pengguna berhubung perkembangan terkini status gangguan bekalan air tidak  berjadual yang berlaku ini. Sehingga laporan ini dikeluarkan, pihak SYABAS telah menggerakkan seramai 300 tenaga kerja khusus bagi tujuan ini. Pengguna juga disarankan agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pemandu-pemandu lori agar lori tangki dapat sampai ke destinasi yang diperlukan tanpa sebarang gangguan.

Sejak Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) kod kuning diaktifkan semalam, Pusat Khidmat Pelanggan SYABAS (PUSPEL) telah menerima lebih 3,200 panggilan melibatkan 414 aduan berkaitan ketiadaan air, 283 tekanan air rendah, 599 permintaan untuk bantuan melalui lori tangki di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak.

Setakat makluman ini dikeluarkan, gangguan bekalan air tersebut masih melibatkan kira-ira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang 500, 000 orang pengguna seperti berikut:

Wilayah Kuala Lumpur

1
Flat DBKL Dato’ Keramat
15
Taman Cempaka
2
Jalan Padang Tembak
16
Taman Bakti
3
Jalan Semarak
17
Taman Nirwana
4
Jalan Gurney
18
Kampung Pandan Dalam
5
Kementah
19
Taman Cahaya
6
Pulapol
20
Pandan Cahaya
7
Wisma Tanah
21
Taman Dagang
8
JUPEM
22
Taman Shamelin
9
UTM
23
Taman Tenaga
10
FELDA
24
Taman Miharja
11
Pusat Latihan Telekom
25
Taman Kobena
12
Jalan U Thant
26
Bandar Permaisuri
13
Jalan Ampang Hilir
27
Desa Pandan
14
Taman Pandan Jaya
28
Flat Sri Melaka
Jumlah Akaun : 28,368

Wilayah Gombak

1
Kampung Baru Ampang
29
Kampung Kemensah
2
Kampung Melayu Ampang
30
Kampung Lembah Jaya
3
Taman Hillview
31
Kampung Pinggir Tiga Jaya
4
Bukit Jobina
32
Kampung Tengah Lembah Jaya
5
Taman Dato Ahmad Razali
33
Lembah Jaya Utara
6
Taman Bukit Indah
34
Lembah Jaya Selatan
7
Taman TAR
35
Sri Rampai
8
Kampung Tasek Permai
36
Taman Ampang
9
Ukay Heights
37
Taman Dagang Permai
10
Ampang Jaya
38
Taman Pandan Ria
11
Dataran Ukay
39
Taman Permai Jaya
12
Pinggiran Ukay
40
Taman Permata
13
Sri Ukay
41
Taman Saujana Ampang
14
Beverly Heights
42
Tasek Tambahan
15
Ampang Indah
43
Taman Ampang Mewah
16
Ampang Jaya
44
Taman Ampang Utama
17
Ampang Saujana
45
Taman Bukit Ampang
18
Ampang Water Front
46
Taman Cahaya Ampang
19
Bandar Baru Ampang
47
Taman Dagang Jaya
20
Bukit Ampang Permai
48
Taman Halaman
21
Bukit Indah
49
Taman Kesuma Ampang
22
Desa Lembah Permai
50
Taman Kosas
23
Desa Setapak
51
Taman Mulia Jaya
24
Jalan Ampang
52
Taman Rasmi Jaya
25
Kampung Bukit Sungai Puteh
53
Taman Sri Ampang
26
Keramat AU 1 hingga AU 5
54
Taman Watan
27
Kampung Ampang Campuran
55
Wangsa Melawati
28
Kampung Indah Mulia


Jumlah Akaun : 61,392


Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan dari pembaziran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini berlaku. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. SYABAS juga menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’


  • P/s : Berikutan Info terkini yg cena terima...diharap korang atau semua penduduk yg mengalami gangguan ini harap bersabar ea...sama2 la kite berdoa agar kerja baik Pulih Paip dapt dijalankan dgn sempurna dan cepat Aminn,,,, 


So jgn ade pihak yg ringan mulot tnpa berfikir , menyebarkan Fitnah atau cerita2 bangang serta mengaibkan pihak2 yg tidak bersalah...perkara mcm ni xperlu menunding jari kepada siapa2 kerana tiada siapa pun mintk perkara sebegini terjadi..ini sume Kuasa ALLAH... kita patut bersyukur kerana ada insan yg sanggup bekerja keras demi mmbantu penduduk2 or mangsa2 ketiadaan air,, kalau dorang sume xkerja,,, korang yg byk mulot tu nak ganti tmpt dorang??? so jgn hanya pandai ckp..!! jgn libatkan POLITIK dalam isu ini,, xpyh nak Huru Hara kan lagi keadaan... Bangga lah menjadi rakyat MALAYSIA wei... kalau korang yg suke sgt buat kecoh, korang boleh BLA... dok kat BANGLA..hahahaha,,,, 

Sekian,,,



1 ulasan:

Liznadira berkata...

Kejap ade kejap xde...huh kene standby air byk2