Hye.... Korang sume....Ape Khabar?? hehehe Harap korang sume sihat walafiat... hari ni cena nak share dgn korang tentang isu yg agak mengecewakan iaitu kesengsaraan bile ketiadaan air... Dengan ini cena dapat info serta maklumat yg diberikan oleh pihak SYABAS sendiri, berikutan isu yg menjadi rintihan dan rentetan dari Penduduk ( Penghuni Rumah ) yang megalami gangguan bekalan air yang sangat lama hampir seminggu dan ada yg bru 2 hari ...
Oleh itu saya sertakan artikel ini untuk rujukan dan pengetahuan serta pengumuman buat Penduduk Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Gombak yg mengalami gangguan bekalan Air ini...
STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR  DAN GOMBAK
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan status terkini Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning yang telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11 April 2013 berikutan kejadian paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000 mm telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak. 
Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang telah dimulakan di tapak sejak pagi semalam (11 April 2013) mengalami kesukaran berikutan lokasi paip pecah yang terletak di tebing sungai serta keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan lebat petang semalam telah menyebabkan paras sungai meningkat dan mengakibatkan pihak kontraktor SYABAS terpaksa beberapa kali mengangguhkan kerja-kerja pembaikan. Kerja-kerja pembaikkan telah disambung semula pada pukul 2.30 pagi ini setelah hujan berhenti dan ianya dijangka siap lewat petang atau malam ini. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada keadaan cuaca pada hari ini. Tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih selepas itu secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5 hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikkan paip pecah siap sepenuhnya.
Pada masa ini, pihak SYABAS telah menggerakkan empat puluh dua (42) buah lori tangki untuk membantu membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat. Manakala sejumlah 525 tangki air statik juga telah ditempatkan di lokasi-lokasi yang strategik di sekitar kawasan yang terlibat. Bagi kemudahan pengguna pihak SYABAS juga telah mendirikan Pusat Khidmat Setempat (PKS) di 4 lokasi strategik iaitu di Rukun Tetangga, Seksyen 2 Desa Setapak; Pasaraya Hero, Taman Dagang, Ampang; Giant Setiawangsa dan tempat letak kereta bersebelahan Spectrum Plaza di Jalan Wawasan 4/7, Bandar Baru Ampang bagi membolehkan pengguna mendapatkan informasi-informasi dan penjelasan yang berkaitan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini serta apa-apa bantuan yang diperlukan. Jumlah Pusat Khidmat Setempat ini akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.
Pada masa ini, pihak SYABAS akan terus melakukan pemantauan berterusan dari masa ke semasa dan akan memaklumkan terus kepada para pengguna berhubung perkembangan terkini status gangguan bekalan air tidak  berjadual yang berlaku ini. Sehingga laporan ini dikeluarkan, pihak SYABAS telah menggerakkan seramai 300 tenaga kerja khusus bagi tujuan ini. Pengguna juga disarankan agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pemandu-pemandu lori agar lori tangki dapat sampai ke destinasi yang diperlukan tanpa sebarang gangguan.
Sejak Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) kod kuning diaktifkan semalam, Pusat Khidmat Pelanggan SYABAS (PUSPEL) telah menerima lebih 3,200 panggilan melibatkan 414 aduan berkaitan ketiadaan air, 283 tekanan air rendah, 599 permintaan untuk bantuan melalui lori tangki di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak.
Setakat makluman ini dikeluarkan, gangguan bekalan air tersebut masih melibatkan kira-ira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang 500, 000 orang pengguna seperti berikut:
Wilayah Kuala Lumpur
| 
1 | 
Flat   DBKL Dato’ Keramat | 
15 | |
| 
2 | 
Jalan   Padang Tembak | 
16 | |
| 
3 | 
Jalan   Semarak | 
17 | |
| 
4 | 
Jalan   Gurney | 
18 | 
Kampung   Pandan Dalam | 
| 
5 | 
Kementah | 
19 | |
| 
6 | 
Pulapol | 
20 | 
Pandan   Cahaya | 
| 
7 | 
Wisma   Tanah | 
21 | |
| 
8 | 
JUPEM | 
22 | |
| 
9 | 
UTM | 
23 | |
| 
10 | 
FELDA | 
24 | |
| 
11 | 
Pusat   Latihan Telekom | 
25 | |
| 
12 | 
Jalan   U Thant | 
26 | 
Bandar   Permaisuri | 
| 
13 | 
Jalan   Ampang Hilir | 
27 | 
Desa   Pandan | 
| 
14 | 
28 | 
Flat   Sri Melaka | |
| 
Jumlah Akaun : 28,368 | |||
Wilayah Gombak
| 
1 | 
Kampung   Baru Ampang | 
29 | 
Kampung   Kemensah | 
| 
2 | 
Kampung   Melayu Ampang | 
30 | 
Kampung   Lembah Jaya | 
| 
3 | 
31 | 
Kampung   Pinggir Tiga Jaya | |
| 
4 | 
Bukit   Jobina | 
32 | 
Kampung   Tengah Lembah Jaya | 
| 
5 | 
33 | 
Lembah   Jaya Utara | |
| 
6 | 
34 | 
Lembah   Jaya Selatan | |
| 
7 | 
35 | 
Sri   Rampai | |
| 
8 | 
Kampung   Tasek Permai | 
36 | |
| 
9 | 
37 | ||
| 
10 | 
Ampang   Jaya | 
38 | |
| 
11 | 
Dataran   Ukay | 
39 | |
| 
12 | 
Pinggiran   Ukay | 
40 | |
| 
13 | 
Sri   Ukay | 
41 | |
| 
14 | 
42 | 
Tasek   Tambahan | |
| 
15 | 
Ampang   Indah | 
43 | |
| 
16 | 
Ampang   Jaya | 
44 | |
| 
17 | 
Ampang   Saujana | 
45 | |
| 
18 | 
Ampang   Water Front | 
46 | |
| 
19 | 
Bandar   Baru Ampang | 
47 | |
| 
20 | 
Bukit   Ampang Permai | 
48 | |
| 
21 | 
Bukit   Indah | 
49 | |
| 
22 | 
Desa   Lembah Permai | 
50 | |
| 
23 | 
Desa   Setapak | 
51 | |
| 
24 | 
Jalan   Ampang | 
52 | |
| 
25 | 
Kampung   Bukit Sungai Puteh | 
53 | |
| 
26 | 
Keramat   AU 1 hingga AU 5 | 
54 | |
| 
27 | 
Kampung   Ampang Campuran | 
55 | 
Wangsa   Melawati | 
| 
28 | 
Kampung   Indah Mulia | ||
| 
Jumlah Akaun : 61,392 | |||
- P/s : Berikutan Info terkini yg cena terima...diharap korang atau semua penduduk yg mengalami gangguan ini harap bersabar ea...sama2 la kite berdoa agar kerja baik Pulih Paip dapt dijalankan dgn sempurna dan cepat Aminn,,,,
So jgn ade pihak yg ringan mulot tnpa berfikir , menyebarkan Fitnah atau cerita2 bangang serta mengaibkan pihak2 yg tidak bersalah...perkara mcm ni xperlu menunding jari kepada siapa2 kerana tiada siapa pun mintk perkara sebegini terjadi..ini sume Kuasa ALLAH... kita patut bersyukur kerana ada insan yg sanggup bekerja keras demi mmbantu penduduk2 or mangsa2 ketiadaan air,, kalau dorang sume xkerja,,, korang yg byk mulot tu nak ganti tmpt dorang??? so jgn hanya pandai ckp..!! jgn libatkan POLITIK dalam isu ini,, xpyh nak Huru Hara kan lagi keadaan... Bangga lah menjadi rakyat MALAYSIA wei... kalau korang yg suke sgt buat kecoh, korang boleh BLA... dok kat BANGLA..hahahaha,,,, 
Sekian,,,



 

1 ulasan:
Kejap ade kejap xde...huh kene standby air byk2
Catat Ulasan