Mati
Selepas Berhibur
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 38
tahun dan berasal dari Setapak, di sini, datang ke pusat hiburan berkenaan
bersama tiga rakannya untuk berhibur.
Pada awalnya, mangsa dipercayai terjatuh akibat mabuk, namun
siasatan polis mendapati sebelum kejadian berlaku mangsa dilihat bergaduh
dengan beberapa orang pengawal atau ‘bounzer’ ekoran membuat kecoh di dalam
pusat hiburan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa berkunjung ke pusat hiburan itu jam 1 pagi bersama rakannya dan semasa mereka berhibur, mangsa yang dipercayai mabuk bertindak agresif memaki hamun serta mencekak baju pelayan.
“Melihat kekecohan itu, beberapa bouncer bertindak meleraikannya dan mangsa dibawa keluar ke tempat letak kereta di tingkat tiga.
"Semasa di tempat letak kereta itu, dipercayai berlaku pergaduhan antara bouncer dengan mangsa dan tidak berapa lama kemudian mangsa ditemui maut dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai terjatuh," katanya di sini semalam.

Menurutnyam setakat ini, tiga suspek lelaki yang juga bouncer pusat hiburan berkenaan sudah ditahan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Polis masih menyiasat bagi mengenal pasti sama ada mangsa terjatuh akibat ditolak atau terjun ketika
- Muhammad Apendy Issahak / Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Matiselepasbuatkecoh/Article/index_html
2 ulasan:
Siapa kah gerangan yg ditangkap?¿:
siapakah..???? saya ke??
Catat Ulasan