Jom kite intai antara gambar2 kejadian yg menimpa Pulau Pinang bersama Artikel yg saya amik dari UTUSAN Malaysia..
PULAU PINANG 13 Jun – Sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan
melanda beberapa kawasan di seluruh negeri ini menyebabkan dua maut dan
sekurang-kurangnya lapan orang cedera parah.
Mereka yang maut dikenali sebagai Jahir Hussain Sulaiman,
40, pembantu pemandu lori yang dihempap pemancar tiang telekomunikasi di Jalan
Macalister dan Wong Tze Chow, 33, maut akibat dihempap sebatang pokok di jalan
berhampiran Empangan Air Itam.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata,
pihaknya mendapat laporan berkenaan kejadian ribut tersebut kira-kira pukul
6.45 petang.
Katanya, melalui laporan diterima, lapan kejadian berlaku di
sekitar Timur Laut, dua di Seberang Perai Tengah, 10 di Seberang Perai Utara
dan satu di bahagian barat daya.
Bagaimanapun, kejadian yang paling teruk adalah di
Jalan Macalister yang menyebabkan sebuah pemancar telekomunikasi jatuh dari
atas sebuah bangunan dan menghempap beberapa kenderaan,
Dalam kejadian lewat petang itu, sebuah pemancar
telekomunikasi setinggi hampir 20 meter yang terletak di atas Menara UMNO
jatuh.
Sebanyak tujuh buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap
pemancar tersebut selain sebatang paip bawah tanah di jalan berkenaan juga
pecah.
Hentakan tiang pemancar ke atas jalan raya turut menyebabkan
terbentuk sebuah kawah air kecil.
Abdul Rahim dalam pada itu menambah, pihaknya meminta orang
ramai agar tidak bimbang dan panik dengan kejadian berkenaan dan polis telah
mengerahkan semua anggota termasuk di daerah-daerah untuk turun padang bagi memantau
perkembangan kejadian.
Apabila tiba, sebuah pemancar telekomunikasi dilihat telah
jatuh di atas jalan raya dan menghempap tujuh buah kereta serta sebuah lori.
Kita sedang melakukan pembersihan dan punca kejadian dipercayai akibat angin
kuat,” ujarnya. – Utusan
Malaysia
Sehari selepas itu, seorang wanita, Lee Chai Song membuat laporan mengenai kehilangan suaminya dan khuatir lelaki berkenaan turut terbabit dalam insiden tersebut.
Susulan itu, pihak berkuasa memulakan usaha mencari dan mengesan Chin Aik dan pada Sabtu lalu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui terbenam di kawasan runtuhan penebat sepadan dengan kereta milik Chin Aik.
Chin Aik yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu dikatakan keluar dari rumah untuk mengambil anak perempuan bongsunya dari Penang Chinese Girl’s High School di Jalan Gottlieb pada pukul 6.30 petang.
Mari kita lihat detik-detik cemas yang terjadi sewaktu struktur penebat kilat berkenaan runtuh.
TERKINI: Polis tidak menemui sebarang tisu atau darah manusia dari serpihan kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di mana Lim Chin Aik dipercayai tertimbus.
Ketua Polis Daerah George Towen, ACP Gan Kong Meng berkata, polis turut menyelesaikan laporan orang hilang pada Rabu dan akan menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri.
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
“Kementerian akan menyerahkan laporan itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk sijil kematian untuk Lim.
“Kami harap jami dapat mendapatkan sijil menjelang Jumaat ini dan menyerahkannya kepada keluarga,” katanya.
‘Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang menjadi waktu pagi yang memberi keamanan dengan cahaya siang dari segala kejahatan yang sulit dan tersembunyi.’ atau menggunakan pengertian; ‘Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan