Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Jerebu - Punca-Punca Jerebu ( June 2013 )

Maklumat terkini masalah jerebu di Malaysia sepanjang bulan June 2013



Asap dan jerebu tebal yang menyelubungi Johor, Singapura dan Melaka didapati berpunca daripada 150 titik panas yang dikesan di Tenggara Sumatera.

Keadaan itu jelas dilihat menerusi foto satelit Terra dan Aqua milik NASA pada 19 Jun atau kelmarin.

Gambar yang dipaparkan di atas adalah hasil rakaman Aqua pada 2.30 petang waktu tempatan.

Titik merah yang kelihatan itu pula merupakan kawasan pembakaran yang sedang berlaku di kawasan tersebut.

Asap dan jerebu tebal itu menghala ke Johor dan Singapura kerana dibawa oleh angin yang bergerak ke arah timur.

Bencana jerebu telah menimbulkan pelbagai masalah termasuk memaksa pihak berkuasa menutup sekolah.

Beberapa kejohanan sukan besar seperti Karnival Ragbi 2013 Johor juga terpaksa ditangguhkan kerana masalah kualiti udara yang sangat teruk.






Jerebu... masalah pencemaran udara yang tiada kesudahannya. Masalah jerebu yang melanda negara kita bukanlah masalah baru. Setiap kali jerebu juga maka beraturlah orang ramai di klinik-klinik bagi mendapatkan rawatan. Bagi mereka yang menghidap masalah pernafasan maka dengan kehadiran jerebu ini akan menyukarkan lagi tahap kesihatan mereka.




Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada Jun 2013 telah membuatkan sesetengah kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat

Hampir Kesemua Negeri yg terlibat satu Malaysia termasuk Sabah n Serawak yg dilanda jerebu tebal yang memenuhi ruang udara



Sesetengah kawasan di negeri Johor, Melaka dan Selangor adalah antara yang mengalami nilai status IPU melebihi 100.
Pihak yang terlibat, telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar.
Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos


Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itu jerebu jarang kelihatan

Selain itu, negara jiran Singapura turut dilanda jerebu tebal yang memenuhi ruang udara negara itu ekoran kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.


Masalah jerebu ini terjadi disebabkan oleh asap yang bertiup dari Kepulauan Sumatera hasil daripada kegiatan menebang dan membakaryang dijalankan di kepulauan tersebut.


Gambar dibawah menunjukkan Punca2 Terjadinya Pencemaran Udara ( JEREBU )


Menurut info, selain daripada kegiatan pembakaran terbuka yang dinyatakan di atas,faktor penyumbang lain bagi masalah jerebu adalah daripada kegiatan lain seperti kebakaran tanah gambut, pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan juga pengeluaran asap dari kilang industri.


Di dalam kes jerebu yang kita sedang alami sekarang, kegiatan membakar tanaman kelapa sawit yang tidak terkawal di Kepulauan Sumatera telah membawa asap jerebu tersebut ke Malaysia dan juga Singapura.

PEMBAKARAN TERBUKA!!!!

Jerebu, yang kebanyakannya dikesan berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia, meningkat pada musim panas dan ini boleh membawa kesan negatif ke atas sektor pelancongan dan kesihatan terutama yang berkaitan pernafasan.

Malaysia menguatkuasa peraturan yang melarang aktiviti pembakaran terbuka dan tidak terkecuali dalam hal ini, Indonesia 'mengharamkan' aktiviti itu.

Masalah jerebu mencatat tahap paling tinggi pada tahun 1997-1998 menyebabkan rantau Asia Tenggara mengalami kerugian AS$9.0 bilion (RM28.5 bilion) terhadap sektor pelancongan dan perniagaan.

Pihak berkuasa penjagaan kesihatan juga menasihati mereka yang berada dalam kelompok risiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan yang menghadapi masalah pernafasan seperti asma agar mengelakkan aktiviti luar rumah dan memakai penutup muka jika perlu ketika berada di luar.

Para doktor menyarankan agar mereka yang mengalami masalah pernafasan, demam, rasa hendak muntah, pening-pening, sakit mata dan batuk agar mengambil rawatan perubatan.

Sementara itu, sumber Polis Marin menasihati nelayan bot kecil agar tidak turun ke laut kerana jarak penglihatan di Selat Melaka dilaporkan bertambah buruk.

"Semua bot menangkap ikan dinasihati agar berjaga-jaga dan bot pukat tunda dinasihatkan memasang lampu," menurut sumber itu lagi.

MASAALAH TAHUNAN

Menurut pakar-pakar alam sekitar, jerebu adalah satu fenomena di mana debu, asap dan partikel-partikel kering yang lain termasuk habuk berkumpul hingga menjadikan langit mendung.

Jabatan Kajicuaca menyatakan masalah jerebu di negara ini menjadi masalah tahunan semasa musim monsun dari bulan Mei hingga September bila angin meniup asap dari 'tompok panas' di Sumatera menyeberangi Selat Melaka.

Menurut laporan media, Ketua Pengarah DOE Halimah Hassan berkata jabatan itu mencatat 46 tompok panas di Sumatera melalui tinjauan satelit pada 16 Jun (Ahad) lepas.

Bacaan API 101-200 adalah dalam kategori tidak sihat manakala bacaan 51-100 adalah sederhana. Bacaan bawah 50 menandakan udara yang sihat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga menasihati orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar rumah dan minum banyak air.

Dalam laman Facebook beliau, Perdana Menteri menjelaskan bahawa kesihatan adalah keutamaan untuk semua dan jerebu yang melanda sekarang ini dijangka menjadi lebih teruk dengan angin yang membawa asap dari tompok panas di Sumatera.



Tiada ulasan: