Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Gempar!!!! Isu Pemancar Telekomunikasi setinggi 20M yg terletak di atas Menara UMNO jatuh.

# Hey guys,,,, How are u??? lame cena xpost isu2 hangat Al-maklumlah bz katekan...huhuhuhu.... ok la skang cena nak share sket la..... kepada pihak2 bekenaan yg terbaca Artikel ni... Plzzz la berhenti dari menyalahkan org lain.... Perkara tu Semua Kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu jgn lah kamu memperkotak katik kan lagi. Jgn ckp ikot sedap tekak korang je nak tuduh2 Pihak lain.... Dah kalah da la kan?? xpyh nk buat Hara ok>>> Pikir gune akal n cakap ikot iman,,,, bukan gune kepala lutut n ikot nafsu....  korang pk sendiri la knp Allah turunkan bala keatas kamu??? itu sudah cukup..... sesungguhnya Allah yg lebih tahu,,,korang yg xtahu jgn buat2 tahu ok???? 

Jom kite intai antara gambar2 kejadian yg menimpa Pulau Pinang bersama Artikel yg saya amik dari UTUSAN Malaysia..


PULAU PINANG 13 Jun – Sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan melanda beberapa kawasan di seluruh negeri ini menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera parah.
Mereka yang maut dikenali sebagai Jahir Hussain Sulaiman, 40, pembantu pemandu lori yang dihempap pemancar tiang telekomunikasi di Jalan Macalister dan Wong Tze Chow, 33, maut akibat dihempap sebatang pokok di jalan berhampiran Empangan Air Itam.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mendapat laporan berkenaan kejadian ribut tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.

Katanya, melalui laporan diterima, lapan kejadian berlaku di sekitar Timur Laut, dua di Seberang Perai Tengah, 10 di Seberang Perai Utara dan satu di bahagian barat daya.
“Bagaimanapun, kejadian yang paling teruk adalah di Jalan Macalister yang menyebabkan sebuah pemancar telekomunikasi jatuh dari atas sebuah bangunan dan menghempap beberapa kenderaan,’’ 




Dalam kejadian lewat petang itu, sebuah pemancar telekomunikasi setinggi hampir 20 meter yang terletak di atas Menara UMNO jatuh.

Sebanyak tujuh buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap pemancar tersebut selain sebatang paip bawah tanah di jalan berkenaan juga pecah.

Hentakan tiang pemancar ke atas jalan raya turut menyebabkan terbentuk sebuah kawah air kecil.

Abdul Rahim dalam pada itu menambah, pihaknya meminta orang ramai agar tidak bimbang dan panik dengan kejadian berkenaan dan polis telah mengerahkan semua anggota termasuk di daerah-daerah untuk turun padang bagi memantau perkembangan kejadian.

 Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd. Zain memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 6.55 petang mengenai kejadian di Jalan Macalister.


“Apabila tiba, sebuah pemancar telekomunikasi dilihat telah jatuh di atas jalan raya dan menghempap tujuh buah kereta serta sebuah lori. Kita sedang melakukan pembersihan dan punca kejadian dipercayai akibat angin kuat,” ujarnya. – Utusan Malaysia


Sehari selepas itu, seorang wanita, Lee Chai Song membuat laporan mengenai kehilangan suaminya dan khuatir lelaki berkenaan turut terbabit dalam insiden tersebut.


Susulan itu, pihak berkuasa memulakan usaha mencari dan mengesan Chin Aik dan pada Sabtu lalu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui terbenam di kawasan runtuhan penebat sepadan dengan kereta milik Chin Aik.

Chin Aik yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu dikatakan keluar dari rumah untuk mengambil anak perempuan bongsunya dari Penang Chinese Girl’s High School di Jalan Gottlieb pada pukul 6.30 petang.

Mari kita lihat detik-detik cemas yang terjadi sewaktu struktur penebat kilat berkenaan runtuh.










TERKINI: Polis tidak menemui sebarang tisu atau darah manusia dari serpihan kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di mana Lim Chin Aik dipercayai tertimbus.

Ketua Polis Daerah George Towen, ACP Gan Kong Meng berkata, polis turut menyelesaikan laporan orang hilang pada Rabu dan akan menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri.
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.


 “Kementerian akan menyerahkan laporan itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk sijil kematian untuk Lim.

“Kami harap jami dapat mendapatkan sijil menjelang Jumaat ini dan menyerahkannya kepada keluarga,” katanya.

‘Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang menjadi waktu pagi yang memberi keamanan dengan cahaya siang dari segala kejahatan yang sulit dan tersembunyi.’ atau menggunakan pengertian; ‘Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.’


Tiada ulasan: